Menteri Besar,Datuk Seri Dr.Zambry Abdul Kadir melalui detik-detik cemas apabila beliau menyaksikan sendiri kemalangan maut yang mengorbankan suami isteri di Jalan Kuala Gula-Kuala Kurau-Bagan Serai petang semalam.
Sebelum itu,Menteri Besar bersama-sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dalam perjalanan ke Ipoh selepas mengadakan perjumpaan dengan masyarakat cina di Kuala Kurau kira-kira jam 3 petang semalam.
Sebaik tiba di tempat kejadian,beliau segera menghulurkan bantuan dan cuba mententeramkan keadaan mangsa kemalangan yang turut mencederakan lima penumpang yang lain termasuk dua kanak-kanak yang berbangsa cina.
Salan seorang kanak-kanak itu cedera parah
Kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 6 petang ketika hujan lebat turun di kawasan berkenaan yang membabitkanbertembungan di antara kereta Land Rover dan Toyota Harrier yang dinaiki oleh pasangan suami isteri yang berbangsa Melayu.
Menurut saksi kejadian,Azlan Che Lob,Menteri Besar Dato' Seri Dr. Zambry adalah orang pertama yang tiba di tempat kejadian dan cuba mententeramkan mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu.
Katanya,sebelum tragedi malang itu berlaku,pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulangselepas memancing ikan di Kuala Gula.
Sebaik tiba di tempat kejadian,Menteri Besar tanpa rasa takut hampiri kereta remuk lalu mengajarkan si suami yang tersepit mengucapkan dua Kalimah Syahadah.
"Ketika itu,isteri mangsa sudahpun meninggal dunia dan lebih menyedihkan lagi ialah melihat ikan sepat yang dapat dipancing masih berada di dalam kereta Toyota Harrier"kata Menteri Besar.
Jelasnya,si suami yang dikenali sebagai Saadon sempat menatap wajah isterinya yang sudah meninggal dunia sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir-PERAK TODAY
Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari
Waktu Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan