Dahan pokoknya sudah patah,
Pokok itu namanya cempedak;
Dibawah pemerintahan seorang "khalifah",
Guan Eng memang bongkak!
Lim Guan Eng,Ketua Menteri Pulau Pinang menganggap dirinya sahaja yang betul dan sahih,apabila ada yang tegur tentang kepimpinannya,semuanya salah.Presiden CAP,SM Mohemed Idris mengingatkan Guan Eng supaya jangan menganggap dirinya terlalu berkuasa sehingga dumpamakan sebagai Tuhan ataupun Malaikat.....memang,sejak menjadikan Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjadi "idola" Guan Eng,sikap kiasunya dan pentingkan diri sendiri makin menjadi-jadi....makin lama dia berkuasa...makin dia cakap tak serupa bikin.....
Baru-baru ini,isterinya yang juga ADUN Kota Laksamana,Melaka....Betty Chew memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi yang disandangnya.....Adakah situasi suaminya,Lim Guan Eng menjadi salah satu sebab Betty Chew untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Kota Laksamana dan beliau tak menyedari bahawa mencalonkan isterinya adalah satu tindakan yang kurang bijak......
Pelbagai krisis dan sengketa sejak Tok Guru Guan Eng jadi KM Pulau Pinang.....dia mau ingat sendiri,rakyat sedang memerhati perangai Guan Eng.Jangan takbur sangat,nanti menyesal karang.Bak kata pepatah:
Kerana Mulut Badan Binasa,Sesal Kemudian Menang Tak Berguna....
Wallahu'alam.....
Kerana Mulut Badan Binasa,Sesal Kemudian Menang Tak Berguna....
Wallahu'alam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan