Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Ahad, 11 Mac 2012

Ulasan Mingguan-Harapan BN Untuk Menang VS Krisis PR

Ulasan Minggu Ini-Harapan BN Untuk Menang VS Krisis PR


Kita semua tahu dengan ramalan Tun Daim Zainuddin yang mana beliau memberi ramalan bahawa BN akan kalah di beberapa negeri pada PRU-13 sebenarnya ramalan yang tepat.Ramai penganalisis politik menganggap ramalan ini memang tepat dan inilah menjadi punca kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya yang lalu.Pada Ahad lepas,Mingguan Malaysia menemu ramah Tun Daim Zainuddin dengan harapan apakah 'ramalan tepat' untuk Barisan Nasional,akan tetapi beliau memberi ramalan bahawa Barisan Nasional mempunyai harapan dan kelebihan kerana kepimpinan Dato' Sri Najib menekankan aspek 'Rakyat Didahulukan' antara merupakan faktor-faktor ramai pengundi terutama pengundi Melayu,Cina dan India meperlihatkan sokongan mereka terhadap PM dan Barisan Nasional.


p/s-BN mempunyai pelbagai peluang,Insya Allah.......BN dapat menawan Selangor.


Baru-baru ini,Merdeka Centre telah mengumumkan populariti PM meningkat dari 59 peratus pada tahun 2011 kepada 69 peratus pada Februari yang lalu.Akan tetapi puak-puak Pakatan 'tidak senang duduk' dengan pencapaian Najib ini.Suara Keadlian terbitan minggu ini pada muka hadapan yang bertajuk 'TUMBANGKAN KERAJAAN NAJIB' yang merupakan tajuk yang paling merepek dan tak masuk akal.Kalau begitu,kenapa ramai puak-puak PR mengambil kesempatan untuk mengambil Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) sedangkan mereka menganggap duit itu adalah 'HARAM'!

p/s-Kalau dikatakan BR1M itu adalah haram,jangan dimakan duit itu!




Di Kedah lain bunyinya.MB Kedah,Azizan Abdul Razak berkompliot dengan dua orang Exco yang mana mereka 'merajuk lebih' dengan Azizan kerana dua Exco tersebut kononnya tidak mendapat 'projek jalan' daipada Azizan.Memang terbukti,mereka inginkan kuasa untuk mendapatkan projek.PAS Pusat berusaha untuk menyelessaikan masalah ini dengan membawa Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub dan Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu untuk 'menyelesaikan masalah' ini.Mesyuarat Khas PAS Kedah telah membawa kata 'sepakat' bahawa mereka berdua tak akan buat 'hal' dengan' Azizan.

p/s-Kalau ingin menjadi pemimpin tapi hendakkan projek mega untuk kepentingan diri.....udah-udah laa tu,letak jawatan sahajalah,menyusahkan rakyat.




Kesimpulannya,antara yang menunjukkan prestasi dan transformasi yang baik ialah Barisan Nasional.BN ada kelebihan untuk memenangi PRU yang akan datang ini.Bagi puak-puak PR terutama PAS,PKR dan DAP,beringat-ingatlah kerana gelombang rakyat sudahpun bermula.Mereka tak senang duduk apabila poulariti Najib semakin meningkat.Mereka mempunyai misi yang besar iaitu Road To Putrajaya.Ini angan-angan yang paling 'baik kononnya' akan tetapi mereka perlu beringat,masalah rumah tangga mereka di kalangan komponen PR semaikin lama semakin banyak.Isu Anwar,isu bogel Elizabeth Wong,isu pasir Selangor,isu air Kelantan dan lain-lain....semuanya tiada petunjuk untuk selesai.Bagi yang pintar yang bijak,mereka akan undi Barisan Nasional kerana BN komited untuk menyelesaikan masalah dalaman parti secara baik.Selain itu,BN tidak akan berkomromi kepada sesiapa yang terlibat dalam masalah jenayah ataupun kes rasuah.Sebelum berakhir wakalah ini,ingat bidalan ini:

Kalau Parti Asyik Serabut jumpa Parti Kalut Ribut,pemenangnya......Depa Ambil Peluang....Diri sendiri Anak beranak Parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN