Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.........Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.........

Saya,Prince Azam Al-Banjari,tuan punya blog Suara Kulaan Suara Dunia ingin memohon ribuan maaf atas kesilapan saya menerbitkan,menaip,dan sebagainya.Dan disini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..........semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas.........Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Sabtu, 23 Julai 2011

Selamat Hari Kelahiran buat Dato' Sri Najib..........Allah Selamatkan Kamu.......

Perdana Menteri,Dato' Sri Najib b.Tun Hj.Abd Razak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-58 pada hari ini iaitu 23 Julai 2011 bersamaan 21 Syaaban 1432 Hijri.Semoga Dato' Sri dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta kehidupan Dato' Sri sekeluarga dirahmati oleh Allah S.W.T.Kami sebagai rakyat Malaysia berharap supaya gagasan 1 Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan dapat dicapai dengan jayanya dan diharap Program Transformasi Ekonomi(ETP) dapat dilaksanakan agar Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi.Semoga Allah Selamatkan Kamu!

Isnin, 18 Julai 2011

Dr.Lo'Lo' Dato' Haji Ghazali Meninggal Dunia

PAS kini kehilangan seorang pemimpin kanan PAS yang berwibawa iaitu Dr.Lo'Lo' Dato' Haji Ghazali.Beliau merupakan bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Titiwangsa yang mana arwah telah memenangi kawasan Titiwangsa sejak 8 Mac 2008 dan juga merupakan kemenangan pertama PAS di kawasan Wilayah Persekutuan sejak lebih 30 tahun PAS bertapak di Kuala Lumpur.Dr.Lo'Lo' Ghazali,54,meninggalkan suami,Dr.Aminuddin Abd Hamid Karim,empat orang anak dan seorang cucu.

Ahad, 10 Julai 2011

Bersih,Patriot langsung tak menjadi!

Hahahahahahahaha!Bersih,Patriot memang tak menjadi sebab polis telah buat sekatan jalan dari 12:01 tgh malam hingga 6:00 pagi keesokkannya.Macam mana nak menjadi sekiranya polis tak membuat sekatan jalan.Yang lagi satu yang menarik,Ambiga,Hadi Awang,Mat Sabu,Khairy dan lain-lain kene tangkap dgn polis.Dan lagi satu,Anwar Al-Juburi cedera disembur gas pemedih mata!baru padan dengan muka!

Selasa, 5 Julai 2011

Patriot Desak Bersih Hentikan Perhimpunan Haram

Himpunan Patriot menegaskan bahawa mereka tidak akan turun berhimpun jika Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan itu.Ketua penyelarasnya,Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan,Patriot berjaya memberi isyarat kepada Bersih 2.0 bahawa tidak semua rakyat menyokong perhimpunan tersebut.Menurutnya,Patriot diwujudkan untuk mendukung demokrasi di negara kita,Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana pihak dan individu ynag ingin menghuru-harakan negara,pihak Patriot akan tentang habis-habisan bagi golongan ini.Sementara itu,Ketua Kelab Putera 1 Malaysia,Datuk Azzez Abdul Rahim menyeru kepada semua pihak supaya tidak menderhaka kepada titah Yang Dipertuan Agong.

Jumaat, 1 Julai 2011

Polis Akan Menggunakan ISA Jika Bersih Melakukan Rusuhan

Timbalan Ketua Polis Negara,Datuk Seri Khalid b.Abu Bakar memberikan amaran kepada perusuh-perusuh Bersih,sekiranya mereka melakukan rusuhan dan mengganggu ketenteraman awam,ISA terpaksa digunakan bagi meleraikan perusuh ini.Untuk maklumat,Bersih akan melakukan demonstrasi pada 9 Julai ini.Pemuda UMNO melalui Patriot dan Perkasa juga ingin melakukan demonstrasi pada 9 Julai ini juga.Pihak Bersih yang diketuai oleh Ambiga dijangka akan menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bersama-sama dengan pemimpin pembangkang yang lain.Pihak Pemuda UMNO melalui Patriot dan Perkasa dijangka juga akan berdemo bagi menyokong peranan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dalam melaksanakan tugas menguruskan pilihan raya di Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN