Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Selasa, 28 Jun 2011

Marilah kita sokong Patriot!

Marilah wahai semua Pemuda UMNO,Wira Perkasa,Wirawati Perkasa dan NGO-NGO yang lain,marilah sokong Patriot kerana inilah wadah perjuangan untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh-musuh Melayu sepeti Ambiga yang konon-kononnya unutk "membersihkan"pilihan raya,tapi sebenarnya dia mempunyai perancangan yang amat strategik,iaitu meminta kepada kerajaan untuk megurangkan hak istimewa orang Melayu dan Islam.Apa sudah jadi?PKR dan PAS hanya angguk-angguk tanda setuju kepada si bangat ni.Marilah kita bersatu,menentang yang mungkar!Takbir!Allahuakbar!Hidup UMNO!Hidup Perkasa!

Isnin, 27 Jun 2011

Pemimpin PSM,Iaitu Pemimpin Utama Pakatan Rakyat Antara 31 Yang Ditahan Oleh Polis

Pemimpin PSM,iaitu dalang utama perarakan utama yang membawa gambar pemimpin kanan PKM seperti Chin Peng,Rashid Maidin,dan Abdullah C.D ditahan di Plaza Tol Sg.Dua,Kepala Batas.Antara yang ditemui ialah beberapa naskhah akbar Suara Sosialis,milik Parti Sosialis Malaysia,yang berbahasa Melayu,Tamil dan Cina.

Sabtu, 25 Jun 2011

Perkasa mengingatkan kepada semua blogger-blogger,rakan-rakan Facebook,pengikut-pengikut Twitter membantah sekeras-kerasnya perhimpunan Bersih.Dan digalakkan kepada golongan supaya meletakkan gambar profil ini di dalam laman sosial masing-masing.Ini membuktikan bahawa golongan ini membantah sekeras-kerasnya demonstrasi Bersih yang dijangka akan merosakkan ketenteraman Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Berita Nasional:Datuk Trio Didakwa di Mahkamah

Trio Datuk T dikenakan denda keseluruhan sebanyak RM 5,500 oleh Mahkamah Majisteret di Mahkamah Jalan Duta semalam setelah menjadi dalang menayangkan rakaman video seks dikatakan mirip Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sekumpulan wartawan pada Mac lalu.
Mereka ialah ahli perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah,bekas Bendahari Agung Perkasa,Datuk Shuib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka,,Tan Sri Abd.Rahim Tamby Chik.
Shazryl Eskay didenda RM 3000 ataupun tiga bulan penjara,Shuib,RM 1500 atau dua bulan penjara dan Abdul Rahim,didenda RM 1000 atau sebulan penjara.
Hukuman diberikan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas Datuk T mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan.
Shazryl dan Shuib didakwa kerana menayangkan bahan lucah tersebut secara terbuka,iaitu adegan hubungan seks antara seorang lelaki dan perempuan di bilik Seri Makmur,Hotel Carcosa Seri Negara antara 10 pagi dan 12 tengah hari,21 Mac lalu.
Abdul Rahim didakwa kerana bersubahat dengan dua Datuk T berkenaan dalam melakukan tayangan video itu.

Lagu Patriotik

Jumaat, 24 Jun 2011

Ahli PPP Diberi Amaran Tidak Terlibat Demo

Ahli PPP diberi amaran supaya jangan menyertai dan terlibat dalam perhimpunan Bersih ataupun perhimpunan yang dianjurkan oleh Perkasa dan Pemuda UMNO yang dijangka akan diadakan pada 9 Julai ini.Naib Presidennya,Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata,PPP tidak teragak-agak akan mengambil tindakan disiplin ke atasa mereka yang didapati mana-mana pertubuhan bukan kerajaan(NGO),termasuk anjuran sayap UMNO,dalam perhimpunan tersebut.Menurutnya,PPP sentiasa melaungkan keamanan dan kesejahteraan dalam perjuangan parti,bukan menggalakan atau mencetuskan suasana huru-hara kepada ketenteraman awam.Beliau juga Pengerusi PPP Kelantan berkata,kira-kira 50,000 ahlinya di negeri itu menyatakan sokongan kepada SPR berhubung proses pilihan raya selama ini.

Khamis, 16 Jun 2011

Pihak Polis Tidak Teragak-Agak Mengambil Tindakan Kepada Semua Yang Terlibat Dengan BERSIH

Pihak Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan untuk menahan semua peserta demonstrasi haram,BERSIH yang dijangka akan dibuat pada 9 Julai ini yang membabitkan semua pemimpin utama pembangkang.Timbalan Ketua Polis Negara,Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata,pihak polis akan mengambil tindakan kepada semua peserta perusuh Bersih kerana mereka telah mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan aktiviti perniagaan kecil-kecilan.Mengikut rekod,semasa perhimpunan Bersih yang diadakan pada 2007,peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur kerugian hampir RM 10 Juta.

Isnin, 13 Jun 2011

Senarai Jawatankuasa Baru PAS Pusat(Pesuruhjaya Pas Negeri)

SENARAI JAWATANKUASA BARU PAS PUSAT DAN SENARAI PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI.
PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI
Perlis:Hashim Jasin
Kedah:Datuk Seri Azizan Abd.Razak
Perak:Abu Bakar Husin
Kelantan:Datuk Nik Aziz Nik Mat
Terengganu:Mohd Abdul Wahid Endut
Pahang:Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Selangor:Dr.Abdul Rani Osman
Wilayah Persekutuan:Mohd Noor Mohammad
Negeri Sembilan:Mohd Tuafik Abd.Ghani
Melaka:Aidil Zahari
Johor:Datuk Mahfodz Mohamad
Sabah:Aminuddin Alim
Sarawak:Osman Moras

Ahad, 12 Jun 2011

Khutbah Menjadi Gelanggang Politik

Pemuda UMNO Selangor kesal apabila Kerajaan Negeri Selangor sanggup menjadikan khutbah Jumaat untuk menyebarkan propaganda politik mereka dengan menakutkan masyarakat Islam mendedahkan perkara sebenar mengenai zina
Ketuanya,Ungku Salleh Ungku Jamal berkata,rakyat tidak perlu menyalahkan khatib yang bertugas untuk menyampaikan khutbah Jumaat tetapi arahan 'ghaib daripada tangan ghaib'yang menggunakan isu qazaf.
Exco terlibat perlu tampil menjelaskan isi khutbah kerana ia bercerita seolah-olah isu qazaf cukup penting sedangkan banyak lagi perkara penting yang boleh dibacakan untuk mendidik masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAIS kelmarin yang membicarakan isu qazaf dan zina.Menurut khutbah tersebut,qazaf bererti mebuat sesuatu pertuduhan terhadap seorang yang melakukan zina atau liwat tanpa mengemukakan 4 orang saksi yang adil.Pembuktian dengan cara bersumpah,termasuk sumpah laknat(muhabalah) atau menggunakan bahan-bahan lain sebagai bukti adalah tidak relevan sama sekali kerana tidak menepati kehendak syariat.
Ungku Salleh berkata,isi khutbah itu seperti menakutkan rakyat dan jangan mempercayai isu video seks yang didedahkan kerana melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita Terkini:Terengganu memenangi Piala FA

Terengganu,memenangi Piala FA bagi musim 2011 yang mana pasukan Terengganu menang bergaya di Stadium Nasional Bukit Jalil mengalahkan pasukan Kelantan iaitu 2-0.Habuan bagi pasukan Terengganu ialah semua pasukan Terengganu mendapat melancong ke Eropah yang mana semua perjalanan ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu.Manakala pihak Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan cuti sehari buat semua rakyat Kelantan yang mana diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Hj.Nik Aziz Nik Mat petang tadi melalui Facebook.

Sabtu, 11 Jun 2011

Kedudukan Hasan Ali Tergugat?

Selepas 'tsunami kecil' pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-57 baru-baru ini,tumpuan terarah kepada nasib Pesuruhjaya PAS Negeri sama ada kekal ataupun disingkirkan.Mesyuarat PAS pertama esok akan menentukan saam ada berlaku satu lagi 'tsunami kecil' dalam parti itu.Di Selangor,kedudukan Datuk Dr.Hasan Mohamed Ali menjadi tumpuan media.Adakah Hasan Ali mengekalkan jawatannya ataupun muka baru menjadi pilihan PAS Pusat?

Kedudukan Hasan Ali Tergugat?

Selepas 'tsunami kecil' pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-57 baru-baru ini,tumpuan terarah kepada nasib Pesuruhjaya PAS Negeri sama ada kekal ataupun disingkirkan.Mesyuarat PAS pertama esok akan menentukan saam ada berlaku satu lagi 'tsunami kecil' dalam parti itu.Di Selangor,kedudukan Datuk Dr.Hasan Mohamed Ali menjadi tumpuan media.Adakah Hasan Ali mengekalkan jawatannya ataupun muka baru menjadi pilihan PAS Pusat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN