Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Ahad, 12 Jun 2011

Khutbah Menjadi Gelanggang Politik

Pemuda UMNO Selangor kesal apabila Kerajaan Negeri Selangor sanggup menjadikan khutbah Jumaat untuk menyebarkan propaganda politik mereka dengan menakutkan masyarakat Islam mendedahkan perkara sebenar mengenai zina
Ketuanya,Ungku Salleh Ungku Jamal berkata,rakyat tidak perlu menyalahkan khatib yang bertugas untuk menyampaikan khutbah Jumaat tetapi arahan 'ghaib daripada tangan ghaib'yang menggunakan isu qazaf.
Exco terlibat perlu tampil menjelaskan isi khutbah kerana ia bercerita seolah-olah isu qazaf cukup penting sedangkan banyak lagi perkara penting yang boleh dibacakan untuk mendidik masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAIS kelmarin yang membicarakan isu qazaf dan zina.Menurut khutbah tersebut,qazaf bererti mebuat sesuatu pertuduhan terhadap seorang yang melakukan zina atau liwat tanpa mengemukakan 4 orang saksi yang adil.Pembuktian dengan cara bersumpah,termasuk sumpah laknat(muhabalah) atau menggunakan bahan-bahan lain sebagai bukti adalah tidak relevan sama sekali kerana tidak menepati kehendak syariat.
Ungku Salleh berkata,isi khutbah itu seperti menakutkan rakyat dan jangan mempercayai isu video seks yang didedahkan kerana melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN