Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Ahad, 8 April 2012

Ulasan Minggu Ini-22 Syor PSC Ditentang Pembangkang dan Isu Potfolio Shahrizat Diganti Najib.......

Minggu ini merupakan minggu yang paling panas kerana pihak pembangkang yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim dan barua-baruanya telah menentang 22 syor PSC yang telah dipersetujui oleh kesemua ahli PSC.Ahli-ahli PSC terdiri daripada MP Kerajaan BN dan MP daripada pembangkang.PSC mengenai penambah baik pilihan raya diketuai oleh Ahli Parlimen Kota Marudu,Datuk Seri Dr.Maximus Ongkili.Kenapa barua-barua Anwar Ibrahim menentang 22 syor PSC ini?kerana Anwar Ibrahim nak MEMPERBODOHKAN RAKYAT DENGAN DAKYAH SONGSANGNYA.Apabila difikirkan begitu,kita kaitkan di Selangor.Speaker DUN Selangor yang berat sebelah,Datuk Teng Chang Kim menyuruh kesemua ahli Dewan untuk berbahas tentang kejayaan 4 tahun Fuckatan memerintah Selangor.Kesemua ADUN BN keluar dewan bagi memprotes perkara tersebut.Apablia pembangkang tahu perkara 22 syor ini mendatangkan kebaikan,mereka tentang habis-habisan.Apabila perkara yang buruk....lagi teruk,memang tentang habis-habisan.

Kita alihkan isu portfolio Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat dan akan diambil alih oleh Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak.Pihak barua PR jangan nak buat isu macam-macam.Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan ini kerana beliau ingin mencari calon yang sesuai untuk menjawat jawatan ini.Pihak PR jangan menggelabah bahawa semasa pentadbiran Ir.Nizar Jamaluddin,Menteri Besar Perak sebelum digulingkan pada 3 Februari 2009, TIADA SEORANGPUN WANITA MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI EXCO SEMASA PENTADBIRAN NIZAR JAMALUDDIN.EXCO Wanita semasa pemerintahan PR Perak pun dipegang oleh LELAKI.Tak malu ke wahai penyokong FUCKATAN??????Dalam DUN Perak,ADUN Wanita yang paling ramai ialah daripada BARISAN NASIONAL.Jadi,macam mana ni???Adakah BN ketandusan pemimpin wanita?Mungin Datuk Seri Najib tahu siapakah calon yang sesuai untuk portfolio ini.Mari kita sama-sama tunggu.....

Sabtu, 7 April 2012

Mantan ADUN Paya Jaras,Datuk Saidin Thamby Bebas Tuduhan Rasuah.....Anwar Ibrahim Menjadi Dalang

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras yang juga merupakan bekas EXCO Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Muhammad Mohd Taib,Datuk Saidin Thamby menantikan keputusan mahkamah selama lebih daripada 14 tahun tidak sia-sia apabila Mahkamah Rayuan semalam memutuskan bahawa Datuk Saidin Thamby tidak bersalah terhadap dakwaan rasuah terhadap dirinya.

Ia merupakan keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Wira Mokhtarudin Baki sewaktu menolak rayuan akhir SPRM.

Dengan keputusan itu,mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 April 2009 yang mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 1 tahun dan denda sebanyak RM 10'000 dan membayar penalti RM 1 juta kepada pihak Kerajaan.

Hakim Datuk Su Geok Yiam memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan mantan wakil rakyat itu dan rayuan balas pendakwa raya terhadap hukuman penjara setahun diketepikan oleh mahkamah.

Saidin diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Shafiee Abdullah manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya,Datuk Abdul Razak Musa

Di dalam kes ini,Datuk Saidin didakwa menerima rasuah daripada bekas Pengerusi Syarikat Nusantara Network Sdn.Bhd,Datuk Dr.Hanifah Nordin pada 15 Mac 1997.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan selepas dua tahun iaitu ketika kemuncak kontroversi yang dikaitkan dengan pemilihan UMNO Selayang pada 29 Mac 1998.

Datuk Saidin mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang dalam kes menerima rasuah RM 1 juta,14 tahun yang lalu.

Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan disebut bertindak demikian selepas menerima aduan bertulis berhubung dakwaan Saidin menyeleweng wang RM 1 juta yang disumbangkan untuk UMNO Selayang.

Ahad, 1 April 2012

Ulasan Minggu Ini-Ramalan Untuk DUN Paya Jaras(Edisi Khas)

Bagi penduduk sekitar DUN Paya Jaras,Datuk Ir.Muhammad Bushro bin Mat Johor yang merupakan ADUN Paya Jaras,Ketua UMNO Bahagian Subang dan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Subang sedang sibuk turun ke padang meninjau masalah rakyat.Kalau ada jemputan mana-mana majlis tidak kira majlis walimatul urus ataupun majlis berkaitan UMNO dan Barisan Nasional,YB Dato' sanggup turun padang walaupun sudah menjelang senja.

Bagi segelintir rakyat DUN Paya Jaras,Datuk Ir.Bushro adalah seorang wakil rakyat yang suka turun padang,dan sering dilihat di majlis walimatul urus ataupun majlis-majlis rasmi.Apabila ditegur sapa ataupun ditanya pelbagai solalan,YB Datuk dilihat santai dan mudah mesra dengan orang.

Kita bandingkan dengan Datuk Bushro dengan Khairuddin Othman,Penyelaras DUN Paya Jaras yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Selangor.Beliau kalah dengan Datuk Buhshro pada PRU yang lepas.Selepas PRU,pihak PAS menggiatkan program untuk menawan hati rakyat terutama kepada penduduk ACHEH dan BAUYAN di sekitar Paya Jaras Hilir sedangkan pengundi Melayu di kawasan Paya Jaras Hilir langsung tidak diganggu oleh pihak PAS.Ini menunjukkan bahawa Paya Jaras Hilir merupakan kubu kuat UMNO sejak dahulu lagi walaupun sudah ada PAS Cawangan di Paya Jaras Hilir.

Mengikut pandangan dan pemerhatian Kulaan Daily,BN mempuyai kelebihan dan peluang untuk mengekalkan kerusi DUN Paya Jaras walaupun PAS sedang membuat program "Semarak Hijau" yang mana program ini bertujuan untuk meletakkan bendera PAS dikeseluruhan jalan-jalan di sekitar DUN Paya Jaras sedangkan UMNO-BN tidak tergopoh-gapah untuk meletakkan bendera BN-UMNO.Hanya kelihatan bendera UMNO-BN berkibar di Pejabat Datuk Bushro sahaja.Kenapa PAS membuat tindakan sebegini rupa?Adakah anda sudah takut dengan "Gelombang Biru" yang telah bersemarak sejak selepas PRU yang lalu?Adakah anda takut dengan perubahan ataupun transformasi yang telah dibuat oleh PM telah meresahkan PAS dan PR keseluruhannya?

BN Subang berupaya membantu rakyat dan prihatin tentang masalah rakyat terutama para-para pelajar sekolah.Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membina Sekolah Agama Menengah Paya Jaras di tanah milik JAIS di Ladang Elmina,Saujana Utama dan Kerajaan Negeri Selangor melalui JAIS menguruskan tentang pembinaan dan pelaksanaan projek sekolah baharu ini.Projek ini akan bermula pada April ini dan akan berakhir pada akhir Mei 2013 Insya ALLAH.

Kesimpulannya,Kulaan Daliy menegaskan dan menyatakan keyakinan bahawa BN dapat mengekalkan kerusi DUN Paya Jaras awalaupun ada ura-ura dan khabar angin yang mengatakan calon BN DUN Paya Jaras adalah muka baru dan Datuk Bushro akan bertanding di Parlimen pula.....itu semua tidak penting,akan tetapi lebih penting bahawa DUN Paya Jaras perlu dikekalkan kemenangannya dan Kulaan Daily berharap semua pihak tidak kira Penyokong UMNO,Pimpinan Cawangan,Pimpinan Bahagian berusaha berganding bahu bergembeling tenaga untuk menawan Selangor daripada PKR....Insya ALLAH...

Wallahua'lam.

Ahad, 25 Mac 2012

Ulasan Minggu Ini-Ragam-Ragam BN-PR

Minggu ini,Kulaan Daily nak mengulas tentang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilantik semula sebagai Ketua Wanita UMNO walaupun suaminya yang bersalah dalam kes NFCorp.Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Hj.Abdul Razak berkata tanpa tonggak Wanita yang dipimpin oleh Datuk Seri Shahrizat,mana mungkin Wanita BN dapat memenangi PRU yang lepas.

Seterusnya situasi di Selangor,isu pasir merupakan isu yang paling panas yang diperkatakan oleh rakyat Selangor ketika ini.Ketika sidang DUN baru-baru ini,ADUN Seri Muda,Shuhaimi Shafiee dan ADUN Batu Caves,Aminuddin Shaaari merupakan mangsa yang terkena dengan wakil rakyat BN.Sejak Selangor ditadbir PR,pelbagai masalah baru timbul....satu masalah timbul lagi satu masalah...apa nak jadi?isu sampah,isu air diantara Pahang-Selangor belum selesai.....mereka cuma bangga dengan air percuma 20m3 sahaja....tapi masalah rakyat,siapa jadi juara?????fikirkan sendiri...

Di Pulau Pinang pula,masalah pengambilan tanah wakaf masjid oleh Kerajaan Cavunis DAP menjadi persoalan pelbagai pihak terutama NGO-NGO Melayu Pulau Pinang.Pemuda UMNO Pulau Pinang mempersoalkan kenapa Cavunis DAP mengambil tanah wakaf masid tersebut?Adakah perkara ini sama seperti peristiwa di Madrasah Salihiah,Alor Setar?

Pelbagai ragam dan liku yang dilalui oleh Datuk Seri Najib......kita perlu beringat....usaha yang kita buat akan diberkati oleh ALLAH....Insya ALLAH

Selasa, 20 Mac 2012

Kadir Sheikh Fadzir Keluar Dari UMNO

Bekas Menteri Penerangan,Tan Sri Kadir Sheikh Fazir mengumumkan bahawa beliau keluar daripada UMNO pada semalam.Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur mengesahkan kenyataan ini.

Ahad, 18 Mac 2012

BN Mempuyai Peluang Untuk Menang Sekiranya Ada Calon Yang Boleh Menang....Winnable Canidate

Minta maaf buat semua kerana lebih dua hari saya tak buka blog.......hari ini,saya akan memperkatakan tentang calon muda BN mempunyai peluang cerah untuk menang sekiranya Winnable Canidate di kalangan pemimpin BN terutama pemimpin-pemimpin pelapis yang mana pemimpin muda BN yang berupaya untuk mengalahkan pemimpin muda PR.Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar,Saudara Budiman Mohd Zohdi,BN merupakan sebuah organisasi yang tersusun dan strategik terutama dari segi calon dan strategi pilihan raya serta beliau juga menempelak PR kerana PR sendiri tidak berpengalaman untuk menyelesaikan masalah rakyat sedangkan BN sendiri berpengalaman menyelesaikan masalah rakyat.Menurutnya,pemimpin BN perlu menjalani proses kepimpinan bermula dari peringkat Cawangan lagi,dan seterusnya pada peringkat Bahagian dan seterusnya pemimpin tersebut boleh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Majlis PBT berdasarkan pengalaman yang mereka perolehi.Antara pemimpin muda BN yang melalui proses ini ialah YB Abdul Syukur Idrus(Kuang),YB Sulaiman Abdul Razak(Permatang),YB Ismail Sani(Dusun Tua),YB Datuk Johan Abdul Aziz(Semenyih) dan YB Yap Ee Wah(Sungai Pelek).

Barisan Nasional menerusi strateginya untuk menawan balik negeri-negeri di bawah PR terutama Selangor dan Kelantan.Amanat Pengerusi Barisan Nasional,Dato' Sri Najib perlu kita diikuti dan difahami oleh pelbagai pihak terutama para-para penyokong BN.BN mempunyai peluang yang cerah untuk menawan balik negeri-negeri PR kerana pemimpin-pemimpin muda BN bersedia untuk menebus kekalahan teruk BN pada PRU-13.BN komited untuk membantu masalah rakyat jika dibandingkan dengan PR,mereka tahu cuma nak mencetuskan masalah yang baru tanpa menyelesaikan masalah yang dah lama tertangguh.Kepada PR,tak payah nak menawan Putrajaya sebab populariti anda semakin merosot....Wallahu'alam

Rabu, 14 Mac 2012

PKR Mempunyai Hubungan Dengan Agensi Yahudi

UMNO mempuyai bukti dan mendakwa PKR menggunakan buku panduan pilihan raya yang disediakan oleh sebuah agensi asing iaitu National Democratic Institute for International Affairs(NDI) bagi menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan cara yang tidak demokratik.

Koordinator BN Selangor,Datuk Seri Ir.Mohd Zin Mohemed mendedahkan buku panduan itu yang terbukti menerapkan "kempen kebencian" terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu-isu yang tidak relevan.

Menurutnya,antara isi kandungan buku tersebut termasuklah menyebarkan dakyah bahawa kononnya tiada kebebasan media dan beragama di Malaysia.Bahan tersebut diperoleh daripada risikan daripada pihak UMNO sendiri.

Kulaan Daily ingin memberi ulasan,bahawa buku tersebut memang digunakan oleh PKR untuk strategi politiknya akan tetapi tidak akan mengamalkan sikap "benci-membenci" dalam kempennya-Nik Nazmi,Pengarah Komunikasi PKR


Semua yang diperkatakan oleh Nik Nazmi itu adalah BOHONG!Kalau isu Shahrizat dan NFCorp,PKR bukan main menentang kes ini sampaikan Shahrizat menjadi mangsa sedangkan suaminya yang bersalah......PKR tak payah menggunakan isu ini semata-mata untuk meraih undi pada PRU yang akan datang......selesaikan masalah yang ada,baru boleh tumpukan isu PRU-13.Kulaan Daily bukan Cyber Troupers PR,akan tetapi Cyber Troupers BN......

Tok Guru Guan Eng Memang Bongkak!!!!

Dahan pokoknya sudah patah,
Pokok itu namanya cempedak;
Dibawah pemerintahan seorang "khalifah",
Guan Eng memang bongkak!

Lim Guan Eng,Ketua Menteri Pulau Pinang menganggap dirinya sahaja yang betul dan sahih,apabila ada yang tegur tentang kepimpinannya,semuanya salah.Presiden CAP,SM Mohemed Idris mengingatkan Guan Eng supaya jangan menganggap dirinya  terlalu berkuasa sehingga dumpamakan sebagai Tuhan ataupun Malaikat.....memang,sejak menjadikan Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjadi "idola" Guan Eng,sikap kiasunya dan pentingkan diri sendiri makin menjadi-jadi....makin lama dia berkuasa...makin dia cakap tak serupa bikin.....

Baru-baru ini,isterinya yang juga ADUN Kota Laksamana,Melaka....Betty Chew memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi yang disandangnya.....Adakah situasi suaminya,Lim Guan Eng menjadi salah satu sebab Betty Chew untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Kota Laksamana dan beliau tak menyedari bahawa mencalonkan isterinya adalah satu tindakan yang kurang bijak......

Pelbagai krisis dan sengketa sejak Tok Guru Guan Eng jadi KM Pulau Pinang.....dia mau ingat sendiri,rakyat sedang memerhati perangai Guan Eng.Jangan takbur sangat,nanti menyesal karang.Bak kata pepatah:

Kerana Mulut Badan Binasa,Sesal Kemudian Menang Tak Berguna....


Wallahu'alam.....

Selasa, 13 Mac 2012

Azmin Ali Sebenarnya PENDERHAKA!

Ubi kayu ubi jaga,
Tak kenal dengan cempaka,
Ibu sendiri tak dapat dijaga,
Azmin Ali memang penderhaka!

Inilah sifat sebenar Timbalan Presiden PKR......iaitu PENDERHAKA! Sifat inilah yang ada pada Azmin.Apabila ditemuramah oleh Mingguan Malaysia pada Ahad yang lalu,Ummi Hafilda Ali,adik Azmin Ali mengaku beliau tak pernah berjumpa dengan ibunya,Hajah Che Tom sejak 8 bulan yang lalu.Azmin berbuat begitu kerana ibunya tidak menyokongnya sedangkan ibunya menyokong Ummi Hafilda.Itulah dendam kesumat yang menyebabkan hubungan kekeluargaan mereka longgar.Apabila ditanya pasal kes Anwar pada tahun 1998,Ummi Hafilda pernah menulis surat kepada Tun Dr.Mahathir supaya membebaskan Azmin,akan tetapi surat tersebut boleh menjadi satu bahan bukti di mahkamah.Pasal surat itulah yang menjadi pengsengketaan diantara Azmin-Ummi Hafilda sejak 14 tahun yang lalu.Pada pertemuan kali terakhir,Azmin pernah berkata kepada semua ahli keluarganya termasuk ibunya di runah Kak Longnya:

BOS AKU(ANWAR) BOLEH BAGI AKU BERJUTA-JUTA,KORANG HABUK PUN TAK ADA......


Apabila difikirkan,memang betul apa yang diperkatakan oleh Ummi Hafilda,kenapa kita tak berani lawan Anwar?Adakah jawatan dalam parti mempengaruhi diri seseorang semata-mata kerana wang Ringgit?Ingatlah wahai saudara perjuangan....wang,kuasa dan lain-lain tidak akan dapat apa-apa....kalau sayalah jadi pemimpin UMNO sekalipun......saya tak pentingkan jawatan,akan tetapi saya berjuang untuk AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.....Wallahu'alam....


Azizan Dalam Keadaan Tertekan!!!!

Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini dalam situasi yang amat genting dan tertekan dek kerana krisis yang menimpa dirinya.Antara faktornya ialah:

  • Orang kepercayaan Azizan iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr.Ismail Saleh memberi tekanan agar Azizan berundur dari jawatan MB dan Pesuruhjaya PAS Kedah
  • Keputusan PAS Pusat yang terbukti mencampuri urusan PAS Kedah sehinggakan PAS Pusat menubuhkan satu "Jawatankuasa Pemandu" yang bertujuan untuk "menasihati" Azizan.Sepatutnya perkara ini tidak terjadi lagi.
  • Sehingga hari ini,jawatan EXCO yang dipegang oleh dua orang yang 'gila kuasa' itu kosong sejak hanya 8 orang yang dilantik baru-baru ini.
  • Ketika PAS Kedah bergelut untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka,rakyat Kedah bertambah muak dengan pergelutan mereka.Justeru itu,tekanan besar yang mereka akan hadapi ialah berdepan dengan gelombang rakyat yang semakin beralih arah kepada Barisan Nasional.
Kesimpulannya,Azizan tidak bersalah dalam hal ini.....Akan tetapi ada juga puak-puak PAS menuduh UMNO sebagai dalang utama krisis ini.Tak payah laa nak menuding jari kepada orang lain.Rakyat Kedah inginkan perubahan dan Kerajaan yang mendahulukan rakyat.Kepada PAS Kedah,selesaikan masalah dulu,baru tumpukan kepada PRU-13....Wallahu'alam.....

PAS dan PKR Terengganu Berlaga Kerusi Pilihan Raya!!!!

PAS Terengganu menegaskan akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN tanpa kelibat PKR ataupun DAP.Hari ini,Ketua Penerangan PKR Terengganu,Fariz Musa menempelak PAS supaya mengambil kesemua 32 kerusi DUN sekiranya menganggap mereka hebat dan mempunyai kekuatan berdepan dengan Barisan Nasional(BN) Terengganu yang diketuai oleh Datuk Seri Hj.Ahmad bin Hj.Said pada PRU yang akan datang.

Kulaan Daily merasakan bahawa kemelut perebutan kerusi ini disebabkan pimpinan PAS sendiri TAMAK akan kerusi DUN......kesemua kerusi DUN Terengganu  ada 32 kerusi,mustahil lah PAS nak menang di kerusi tersebut.Inilah membuktikan bahawa PAS sendiri tamak dengan kuasa......Belum lagi situasi di Selangor,Pulau Pinang dan lain-lain negeri di bawah PR.Semua parti komponen PR nakkan kerusi yang mereka mahu tapi apakan daya,semuanya dikebas oleh DAP dan PKR.....PAS kat mana????fikirkanlah sendiri........

Isnin, 12 Mac 2012

Anwar Takut 1 Malaysia........Pengecut Dengan 1 Malaysia.......

Inilah yang ditakutkan oleh Anwar Ibrahim.......iaitu 1 MALAYSIA!!!!!

Sampaikan kata 1 Malaysia pun ditakuti oleh Anwar...........

Hahahahahaha......inilah kelemahan Anwar,iaitu kata 1 MALAYSIA!!!!!

Dr.Zambry Berjiwa Rakyat!

Menteri Besar,Datuk Seri Dr.Zambry Abdul Kadir melalui detik-detik cemas apabila beliau menyaksikan sendiri kemalangan maut yang mengorbankan suami isteri di Jalan Kuala Gula-Kuala Kurau-Bagan Serai petang semalam.

Sebelum itu,Menteri Besar bersama-sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dalam perjalanan ke Ipoh selepas mengadakan perjumpaan dengan masyarakat cina di Kuala Kurau kira-kira jam 3 petang semalam.

Sebaik tiba di tempat kejadian,beliau segera menghulurkan bantuan dan cuba mententeramkan keadaan mangsa kemalangan yang turut mencederakan lima penumpang yang lain termasuk dua kanak-kanak yang berbangsa cina.

Salan seorang kanak-kanak itu cedera parah

Kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 6 petang ketika hujan lebat turun di kawasan berkenaan yang membabitkanbertembungan di antara kereta Land Rover dan Toyota Harrier yang dinaiki oleh pasangan suami isteri yang berbangsa Melayu.

Menurut saksi kejadian,Azlan Che Lob,Menteri Besar Dato' Seri Dr. Zambry adalah orang pertama yang tiba di tempat kejadian dan cuba mententeramkan mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu.

Katanya,sebelum tragedi malang itu berlaku,pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulangselepas memancing ikan di Kuala Gula.

Sebaik tiba di tempat kejadian,Menteri Besar tanpa rasa takut hampiri kereta remuk lalu mengajarkan si suami yang tersepit mengucapkan dua Kalimah Syahadah.

"Ketika itu,isteri mangsa sudahpun meninggal dunia dan lebih menyedihkan lagi ialah melihat ikan sepat  yang dapat dipancing masih berada di dalam kereta Toyota Harrier"kata Menteri Besar.

Jelasnya,si suami yang dikenali sebagai Saadon sempat menatap wajah isterinya yang sudah meninggal dunia sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir-PERAK TODAY

Video Dr.Zambry Bantu Mangsa Kemalangan........Terima Kasih Dr.Zambry A.K.

Parlimen Penggal Kelima Sudah Bermula.....PRU Makin Hampir.....

Parlimen/Dewan Rakyat Penggal Kelima Tahun 2012 akan dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong,Tuanku Al-Haj Abdul Halim Al-Muazam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.Siaran Langsung perasmian ini akan disiarkan melalui TV1(RTM).

Ranai yang beranggapan bahawa selepas sahaja selesai persidangan Parlimen ini,dengan disusuli dengan Pertabalan Yang-Dipertuan Agong dan ramalan dan pendapat orang ramai mendapati bulan Jun ini ataupun Mac tahun hadapan adalah tarikh yang sesuai untuk mengadakan PRU.PM,Dato' Sri Najib mesti mengagak bilakah PRU akan diadakan.Mari kita sama-sama menunggu perumuman Pembubaran Parlimen oleh PM pada suatu masa yang akan datang.Wallahu'alam.

Ahad, 11 Mac 2012

Ulasan Mingguan-Harapan BN Untuk Menang VS Krisis PR

Ulasan Minggu Ini-Harapan BN Untuk Menang VS Krisis PR


Kita semua tahu dengan ramalan Tun Daim Zainuddin yang mana beliau memberi ramalan bahawa BN akan kalah di beberapa negeri pada PRU-13 sebenarnya ramalan yang tepat.Ramai penganalisis politik menganggap ramalan ini memang tepat dan inilah menjadi punca kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya yang lalu.Pada Ahad lepas,Mingguan Malaysia menemu ramah Tun Daim Zainuddin dengan harapan apakah 'ramalan tepat' untuk Barisan Nasional,akan tetapi beliau memberi ramalan bahawa Barisan Nasional mempunyai harapan dan kelebihan kerana kepimpinan Dato' Sri Najib menekankan aspek 'Rakyat Didahulukan' antara merupakan faktor-faktor ramai pengundi terutama pengundi Melayu,Cina dan India meperlihatkan sokongan mereka terhadap PM dan Barisan Nasional.


p/s-BN mempunyai pelbagai peluang,Insya Allah.......BN dapat menawan Selangor.


Baru-baru ini,Merdeka Centre telah mengumumkan populariti PM meningkat dari 59 peratus pada tahun 2011 kepada 69 peratus pada Februari yang lalu.Akan tetapi puak-puak Pakatan 'tidak senang duduk' dengan pencapaian Najib ini.Suara Keadlian terbitan minggu ini pada muka hadapan yang bertajuk 'TUMBANGKAN KERAJAAN NAJIB' yang merupakan tajuk yang paling merepek dan tak masuk akal.Kalau begitu,kenapa ramai puak-puak PR mengambil kesempatan untuk mengambil Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) sedangkan mereka menganggap duit itu adalah 'HARAM'!

p/s-Kalau dikatakan BR1M itu adalah haram,jangan dimakan duit itu!




Di Kedah lain bunyinya.MB Kedah,Azizan Abdul Razak berkompliot dengan dua orang Exco yang mana mereka 'merajuk lebih' dengan Azizan kerana dua Exco tersebut kononnya tidak mendapat 'projek jalan' daipada Azizan.Memang terbukti,mereka inginkan kuasa untuk mendapatkan projek.PAS Pusat berusaha untuk menyelessaikan masalah ini dengan membawa Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub dan Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu untuk 'menyelesaikan masalah' ini.Mesyuarat Khas PAS Kedah telah membawa kata 'sepakat' bahawa mereka berdua tak akan buat 'hal' dengan' Azizan.

p/s-Kalau ingin menjadi pemimpin tapi hendakkan projek mega untuk kepentingan diri.....udah-udah laa tu,letak jawatan sahajalah,menyusahkan rakyat.




Kesimpulannya,antara yang menunjukkan prestasi dan transformasi yang baik ialah Barisan Nasional.BN ada kelebihan untuk memenangi PRU yang akan datang ini.Bagi puak-puak PR terutama PAS,PKR dan DAP,beringat-ingatlah kerana gelombang rakyat sudahpun bermula.Mereka tak senang duduk apabila poulariti Najib semakin meningkat.Mereka mempunyai misi yang besar iaitu Road To Putrajaya.Ini angan-angan yang paling 'baik kononnya' akan tetapi mereka perlu beringat,masalah rumah tangga mereka di kalangan komponen PR semaikin lama semakin banyak.Isu Anwar,isu bogel Elizabeth Wong,isu pasir Selangor,isu air Kelantan dan lain-lain....semuanya tiada petunjuk untuk selesai.Bagi yang pintar yang bijak,mereka akan undi Barisan Nasional kerana BN komited untuk menyelesaikan masalah dalaman parti secara baik.Selain itu,BN tidak akan berkomromi kepada sesiapa yang terlibat dalam masalah jenayah ataupun kes rasuah.Sebelum berakhir wakalah ini,ingat bidalan ini:

Kalau Parti Asyik Serabut jumpa Parti Kalut Ribut,pemenangnya......Depa Ambil Peluang....Diri sendiri Anak beranak Parti.

Sabtu, 10 Mac 2012

Populariti Dato' Seri Najib Sebagai PM Semakin Meningkat

Populariti Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Hj.Abdul Razak meningkat dari 59 peratus pada Ogos 2011 kepada 69 peratus,demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Reasearch.
Pusat tinjauan tersebut berkata,mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) yang bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah.
Pusat itu berkata,tinjauan mendapati bahawa antara 10 hingga 23 Februari,sokongan terhadap Perdana Menteri paling tinggi iaitu golongan yang berpendapatan di bawah RM 1500 sebulan iaitu peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 78%,bagi kaum India,peratusan responden India yang menyokong PM ialah sebanyak 80% dan responden Melayu ialah 74%.
Tinjauan tersebut itu juga mendapati bahawa rasa puas dengan Perdana Menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas,di tahap  lebih 73%,berbanding 63% di kalangan responden yang lebih muda,iaitu berumur 21 hingga 30 tahun.
Responden dipilih berasakan sampling rambang mengikut etnik,jantina dan keadaan kediama-BERNAMA

Jumaat, 9 Mac 2012

SBPA Mansuh....SSM Diperbaharui....Terima Kasih PM.........

PUTRAJAYA-Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Hj.Abdul Razak mengumumkan pelarasan gaji Penjawat Awam berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Sistem Saraan Malaysia(SSM) berikutan pemansuhan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA)

Berikut adalah pelarasan gaji yang diumumkan oleh YAB PM.....


  • Pelarasan gaji sebanyak 13% bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred R1 hingga G54
  • Peratusan gaji sebanyak 9% untuk Gred Utama(Jawatan Utama Sektor Awam-JUSA) dan Gred Khas C,B,A.
  • Pelarasan gaji sebanyak 7% untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan(KGT) bagi Gred R1 hingga G54 ditetapkan di antara RM 80 hingga RM 320 mengikut gred.
  • Kadar KGT bagi Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA) dan ke atas ditetapkan kekal menggunakan KGT SSM dan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.
  • Kerajaan juga bersetuju untuk kadar Bantuan Sara Hidup(COLA) bagi kawasan B dinaikkan dari RM 200 sebulan kepada RM 250 sebulan dan bagi kawasan C daripada RM 100 kepada RM 150.
  • Kerajaan bersetuju Bayaran Intensif Perkhidmatan Kritikal(BIPK),Bayaran Intensif Wilayah(BIW),Bayaran Intensif Pendalaman(BIP) dan Bayaran Intensif Subjek Pendidikan(BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  • Kerajaan membuat keputusan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan time-base Pegawai Perkhidmatan Awam seperti diumumkan pada Bajet 2012

Jumaat, 2 Mac 2012

Pemansuhan Tol Di Lebuh Raya Cheras-Kajang.Terima Kasih Kerajaan BN......

KAJANG-Perdana Menteri,Datuk Sri Najib Tun Hj.Abdul Razak mengumumkan pemansuhan tol RM 1 di Lebuh Raya Cheras-Kajang bagi laluan KL-Plaza Tol Batu 9 dan laluan Plaza Tol Batu 11-Kajang berkuatkuasa tengah malam tadi.

Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan untuk memansuhkan tol untuk mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus atau pengurangan bayaran tol dari RM 3.80 ke RM1.90.

p/s:Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional!Semoga Usaha Ini Akan Meringankan Beban Rakyat......BN Hari-Hari Buat Kerja Kebajikan Rakyat,PR Pula Hari-Hari Menyusahkan Rakyat........

Selasa, 7 Februari 2012

Radio Muzik FM Telah Ditukar Nama Kepada Radio Malaysia Nasional FM.

SEJARAH MUZIK FM
Sejarah Muzik FM mempunyai sejarah yang menarik.Sejarah penubuhannya adalah pada 20 Jun 1975,FM Stereo merupakan setesen radio pertama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan siaran berbentuk stereofonik.Pada tahun 1989 atas desakan Menteri Penerangan ketika itu,Tan Sri Mohammad Rahmat yang menyarankan program Phone-In-Radio yang mana telah dilaksanakan di BBC,United Kingdom,maka ketika itulah FM Stereo telah ditukar nama kepada Radio 2 dan telah berjaya menarik lebih ramai pendengar.Pada 1 Ogos 1994,Radio 2 telah ditukar nama kepada Muzik FM.Beberapa rombakan telah dilakukan dan siarannya telah beroperasi 24 jam.Nama Muzik FM tidak bertahan lama kerana pada 1 Ogos 1998,Semua Stesen Radio RTM perlu menambah perkataan 'Radio Malaysia Saluran.....'Oleh itu,Muzik FM telah ditukar kepada Radio Malaysia Saluran Muzik(RMSM).Berikutan itu,ID Stesen pun turut ditukar.Diatas permintaan peminat dan masyarakat,pada awal 2000,nama Muzik FM kembali digunakan dan penyiaran lagu-lagu dalah 50% lagu tempatan dan 50% lagu antarabangsa.Pada tahun 2012,Muzik FM telah ditukar nama kepada NASIONAL FM bagi mengasingkan peranan Radio Malaysia Klasik Nasional.......

SEJARAH KLASIK NASIONAL
Sejarah Nasional FM bermula pada tahun 1972 apabila Kementerian Penerangan memperkenalkan Rangkaian Nasional(Radio Nasional) dan siaran ini beroperasi 24 jam sehari.Pada tahun 1992 atas desakan Menteri Penerangan ketika itu yang ingin melaksanakan Phone-In-Radio,maka Rangkaian Nasional telah ditukar nama ke Radio 1 pada 1 Januari 1992,Pada 1 Ogos 1998,namanya ditukar selaras dengan penambahan perkataan 'Radio Malaysia Saluran.......'.Jadi Radio 1 ditukar nama kepada Radio Malaysia Saluran 1.Pada tahun 2005,Radio Malaysia Saluran 1 ditukar nama kepada Radio Nasional FM selaras dengan Program Penjenamaan Semula RTM.Pada tahun 2006,Klasik FM dan Nasional FM bergabung dan jadilah KLASIK NASIONAL sehinggalah sekarang.Tagline Nasional FM ialah Segalanya Di Sini.

Sejarah Klasik FM bermula apabila pada tahun 1998,RTM memperkenalkan Radio Irama Melayu Asli(RIMA) yang bertujuan untuk memartabatkan irama asli melayu.Pada tahun 2005,RIMA telah bertukar nama kepada Klasik FM dan tagline Klasik FM adalah Menggamit Memori.Pada tahun 2006,Klasik FM dan Nasional FM bergabung dan terhasilah KLASIK NASIONAL sehingga sekarang.Tagline Klasik Nasional sekarang ialah Segalanya Di Sini Menggamit Kenangan.

Isnin, 6 Februari 2012

Selamat Menyambut Hari Wlayah Persekutuan,Maulidur Rasul dan Hari Thaipusam

Saya sebagai penulis blog ini ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wlayah Persekutuan kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan,Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera.dan juga selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.Dan tidak lupa juga saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada yang beragama Hindu.Marilah kita menyambut perayaan ini dengan rasa muhibbah dan harmoni selaras dengan 1 Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.......Salam 1 Malaysia........

Sabtu, 7 Januari 2012

Bantuan RM500 Akan Diperoleh Mulai 15 Januari 2012.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) yang mana telah disebut dalam Bajet 2012 oleh PM Kita,Dato' Sri Najib Tun Hj.Abdul Razak bahawa isi rumah yang pendapatannya adalah kurang daripada RM 3000 layak mendapat bantuan ini.Bantuan ini akan terus dimasukkan dalam akaun masing-masing ataupun dapatkan wang tersebut di Pejabat Pos dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.............Tarikh akhir untuk memohon BR1M adalah pada 10 Januari...Jadi,kita masih ada masa untuk mengisi borang.......jangan terlambat ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN