Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Ahad, 18 Mac 2012

BN Mempuyai Peluang Untuk Menang Sekiranya Ada Calon Yang Boleh Menang....Winnable Canidate

Minta maaf buat semua kerana lebih dua hari saya tak buka blog.......hari ini,saya akan memperkatakan tentang calon muda BN mempunyai peluang cerah untuk menang sekiranya Winnable Canidate di kalangan pemimpin BN terutama pemimpin-pemimpin pelapis yang mana pemimpin muda BN yang berupaya untuk mengalahkan pemimpin muda PR.Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar,Saudara Budiman Mohd Zohdi,BN merupakan sebuah organisasi yang tersusun dan strategik terutama dari segi calon dan strategi pilihan raya serta beliau juga menempelak PR kerana PR sendiri tidak berpengalaman untuk menyelesaikan masalah rakyat sedangkan BN sendiri berpengalaman menyelesaikan masalah rakyat.Menurutnya,pemimpin BN perlu menjalani proses kepimpinan bermula dari peringkat Cawangan lagi,dan seterusnya pada peringkat Bahagian dan seterusnya pemimpin tersebut boleh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Majlis PBT berdasarkan pengalaman yang mereka perolehi.Antara pemimpin muda BN yang melalui proses ini ialah YB Abdul Syukur Idrus(Kuang),YB Sulaiman Abdul Razak(Permatang),YB Ismail Sani(Dusun Tua),YB Datuk Johan Abdul Aziz(Semenyih) dan YB Yap Ee Wah(Sungai Pelek).

Barisan Nasional menerusi strateginya untuk menawan balik negeri-negeri di bawah PR terutama Selangor dan Kelantan.Amanat Pengerusi Barisan Nasional,Dato' Sri Najib perlu kita diikuti dan difahami oleh pelbagai pihak terutama para-para penyokong BN.BN mempunyai peluang yang cerah untuk menawan balik negeri-negeri PR kerana pemimpin-pemimpin muda BN bersedia untuk menebus kekalahan teruk BN pada PRU-13.BN komited untuk membantu masalah rakyat jika dibandingkan dengan PR,mereka tahu cuma nak mencetuskan masalah yang baru tanpa menyelesaikan masalah yang dah lama tertangguh.Kepada PR,tak payah nak menawan Putrajaya sebab populariti anda semakin merosot....Wallahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN