Populariti Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Hj.Abdul Razak meningkat dari 59 peratus pada Ogos 2011 kepada 69 peratus,demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Reasearch.
Pusat tinjauan tersebut berkata,mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) yang bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah.
Pusat itu berkata,tinjauan mendapati bahawa antara 10 hingga 23 Februari,sokongan terhadap Perdana Menteri paling tinggi iaitu golongan yang berpendapatan di bawah RM 1500 sebulan iaitu peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 78%,bagi kaum India,peratusan responden India yang menyokong PM ialah sebanyak 80% dan responden Melayu ialah 74%.
Tinjauan tersebut itu juga mendapati bahawa rasa puas dengan Perdana Menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas,di tahap lebih 73%,berbanding 63% di kalangan responden yang lebih muda,iaitu berumur 21 hingga 30 tahun.
Responden dipilih berasakan sampling rambang mengikut etnik,jantina dan keadaan kediama-BERNAMA
Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari
Waktu Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Kebajikan Barisan Nasional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebajikan Barisan Nasional. Papar semua catatan
Sabtu, 10 Mac 2012
Jumaat, 9 Mac 2012
SBPA Mansuh....SSM Diperbaharui....Terima Kasih PM.........
PUTRAJAYA-Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Hj.Abdul Razak mengumumkan pelarasan gaji Penjawat Awam berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Sistem Saraan Malaysia(SSM) berikutan pemansuhan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA)
Berikut adalah pelarasan gaji yang diumumkan oleh YAB PM.....
Berikut adalah pelarasan gaji yang diumumkan oleh YAB PM.....
- Pelarasan gaji sebanyak 13% bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred R1 hingga G54
- Peratusan gaji sebanyak 9% untuk Gred Utama(Jawatan Utama Sektor Awam-JUSA) dan Gred Khas C,B,A.
- Pelarasan gaji sebanyak 7% untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan(KGT) bagi Gred R1 hingga G54 ditetapkan di antara RM 80 hingga RM 320 mengikut gred.
- Kadar KGT bagi Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA) dan ke atas ditetapkan kekal menggunakan KGT SSM dan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.
- Kerajaan juga bersetuju untuk kadar Bantuan Sara Hidup(COLA) bagi kawasan B dinaikkan dari RM 200 sebulan kepada RM 250 sebulan dan bagi kawasan C daripada RM 100 kepada RM 150.
- Kerajaan bersetuju Bayaran Intensif Perkhidmatan Kritikal(BIPK),Bayaran Intensif Wilayah(BIW),Bayaran Intensif Pendalaman(BIP) dan Bayaran Intensif Subjek Pendidikan(BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
- Kerajaan membuat keputusan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan time-base Pegawai Perkhidmatan Awam seperti diumumkan pada Bajet 2012
Jumaat, 2 Mac 2012
Pemansuhan Tol Di Lebuh Raya Cheras-Kajang.Terima Kasih Kerajaan BN......
KAJANG-Perdana Menteri,Datuk Sri Najib Tun Hj.Abdul Razak mengumumkan pemansuhan tol RM 1 di Lebuh Raya Cheras-Kajang bagi laluan KL-Plaza Tol Batu 9 dan laluan Plaza Tol Batu 11-Kajang berkuatkuasa tengah malam tadi.
Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan untuk memansuhkan tol untuk mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus atau pengurangan bayaran tol dari RM 3.80 ke RM1.90.
p/s:Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional!Semoga Usaha Ini Akan Meringankan Beban Rakyat......BN Hari-Hari Buat Kerja Kebajikan Rakyat,PR Pula Hari-Hari Menyusahkan Rakyat........
Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan untuk memansuhkan tol untuk mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus atau pengurangan bayaran tol dari RM 3.80 ke RM1.90.
p/s:Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional!Semoga Usaha Ini Akan Meringankan Beban Rakyat......BN Hari-Hari Buat Kerja Kebajikan Rakyat,PR Pula Hari-Hari Menyusahkan Rakyat........
Langgan:
Catatan (Atom)
Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN



