Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Sabtu, 7 April 2012

Mantan ADUN Paya Jaras,Datuk Saidin Thamby Bebas Tuduhan Rasuah.....Anwar Ibrahim Menjadi Dalang

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras yang juga merupakan bekas EXCO Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Muhammad Mohd Taib,Datuk Saidin Thamby menantikan keputusan mahkamah selama lebih daripada 14 tahun tidak sia-sia apabila Mahkamah Rayuan semalam memutuskan bahawa Datuk Saidin Thamby tidak bersalah terhadap dakwaan rasuah terhadap dirinya.

Ia merupakan keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Wira Mokhtarudin Baki sewaktu menolak rayuan akhir SPRM.

Dengan keputusan itu,mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 April 2009 yang mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 1 tahun dan denda sebanyak RM 10'000 dan membayar penalti RM 1 juta kepada pihak Kerajaan.

Hakim Datuk Su Geok Yiam memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan mantan wakil rakyat itu dan rayuan balas pendakwa raya terhadap hukuman penjara setahun diketepikan oleh mahkamah.

Saidin diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Shafiee Abdullah manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya,Datuk Abdul Razak Musa

Di dalam kes ini,Datuk Saidin didakwa menerima rasuah daripada bekas Pengerusi Syarikat Nusantara Network Sdn.Bhd,Datuk Dr.Hanifah Nordin pada 15 Mac 1997.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan selepas dua tahun iaitu ketika kemuncak kontroversi yang dikaitkan dengan pemilihan UMNO Selayang pada 29 Mac 1998.

Datuk Saidin mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang dalam kes menerima rasuah RM 1 juta,14 tahun yang lalu.

Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan disebut bertindak demikian selepas menerima aduan bertulis berhubung dakwaan Saidin menyeleweng wang RM 1 juta yang disumbangkan untuk UMNO Selayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN