Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Ahad, 1 April 2012

Ulasan Minggu Ini-Ramalan Untuk DUN Paya Jaras(Edisi Khas)

Bagi penduduk sekitar DUN Paya Jaras,Datuk Ir.Muhammad Bushro bin Mat Johor yang merupakan ADUN Paya Jaras,Ketua UMNO Bahagian Subang dan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Subang sedang sibuk turun ke padang meninjau masalah rakyat.Kalau ada jemputan mana-mana majlis tidak kira majlis walimatul urus ataupun majlis berkaitan UMNO dan Barisan Nasional,YB Dato' sanggup turun padang walaupun sudah menjelang senja.

Bagi segelintir rakyat DUN Paya Jaras,Datuk Ir.Bushro adalah seorang wakil rakyat yang suka turun padang,dan sering dilihat di majlis walimatul urus ataupun majlis-majlis rasmi.Apabila ditegur sapa ataupun ditanya pelbagai solalan,YB Datuk dilihat santai dan mudah mesra dengan orang.

Kita bandingkan dengan Datuk Bushro dengan Khairuddin Othman,Penyelaras DUN Paya Jaras yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Selangor.Beliau kalah dengan Datuk Buhshro pada PRU yang lepas.Selepas PRU,pihak PAS menggiatkan program untuk menawan hati rakyat terutama kepada penduduk ACHEH dan BAUYAN di sekitar Paya Jaras Hilir sedangkan pengundi Melayu di kawasan Paya Jaras Hilir langsung tidak diganggu oleh pihak PAS.Ini menunjukkan bahawa Paya Jaras Hilir merupakan kubu kuat UMNO sejak dahulu lagi walaupun sudah ada PAS Cawangan di Paya Jaras Hilir.

Mengikut pandangan dan pemerhatian Kulaan Daily,BN mempuyai kelebihan dan peluang untuk mengekalkan kerusi DUN Paya Jaras walaupun PAS sedang membuat program "Semarak Hijau" yang mana program ini bertujuan untuk meletakkan bendera PAS dikeseluruhan jalan-jalan di sekitar DUN Paya Jaras sedangkan UMNO-BN tidak tergopoh-gapah untuk meletakkan bendera BN-UMNO.Hanya kelihatan bendera UMNO-BN berkibar di Pejabat Datuk Bushro sahaja.Kenapa PAS membuat tindakan sebegini rupa?Adakah anda sudah takut dengan "Gelombang Biru" yang telah bersemarak sejak selepas PRU yang lalu?Adakah anda takut dengan perubahan ataupun transformasi yang telah dibuat oleh PM telah meresahkan PAS dan PR keseluruhannya?

BN Subang berupaya membantu rakyat dan prihatin tentang masalah rakyat terutama para-para pelajar sekolah.Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membina Sekolah Agama Menengah Paya Jaras di tanah milik JAIS di Ladang Elmina,Saujana Utama dan Kerajaan Negeri Selangor melalui JAIS menguruskan tentang pembinaan dan pelaksanaan projek sekolah baharu ini.Projek ini akan bermula pada April ini dan akan berakhir pada akhir Mei 2013 Insya ALLAH.

Kesimpulannya,Kulaan Daliy menegaskan dan menyatakan keyakinan bahawa BN dapat mengekalkan kerusi DUN Paya Jaras awalaupun ada ura-ura dan khabar angin yang mengatakan calon BN DUN Paya Jaras adalah muka baru dan Datuk Bushro akan bertanding di Parlimen pula.....itu semua tidak penting,akan tetapi lebih penting bahawa DUN Paya Jaras perlu dikekalkan kemenangannya dan Kulaan Daily berharap semua pihak tidak kira Penyokong UMNO,Pimpinan Cawangan,Pimpinan Bahagian berusaha berganding bahu bergembeling tenaga untuk menawan Selangor daripada PKR....Insya ALLAH...

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN