Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Ahad, 28 Ogos 2011

Selamat Hari Raya..............Daripada Mat Sabu Hantu Raya........

Saya sebagai pemilik blog ini ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang selama ini menyokong penuh blog ini.Gambar diatas merupakan  gambar yang merupakan kad raya yang diolah sendiri oleh salah seorang penyokong UMNO.Jadi,saya tahu anda faham tentang perkara yang membabitkan Mat Sabu menyalahkan semua perajurit Negara dan mengagung-agungkan pengganas komunis.Diharap kepada semua ambil pengajaran daripada gambar diatas.Chaiyok!

Ahad, 21 Ogos 2011

Pelakon 'Ali Setan' Buat Hal Dalam Masjid!

KAMPUNG MELAYU SUBANG-Seorang pelakon terkenal pada era 80'an yang terkenal dengan filem 'Ali Setan' telah membuat tazkirah di Masjid An-Nur,Kg.Melayu Subang dan si 'Ali Setan' ni telah membuat ceramah menghina MELAYU dan mengatakan kerajaan ini KAFIR kerana tidak ikut acuan Islam........Nau'zubillah.........dan semua jemaah masjid tersebut yang ingin menunaikan Solat Tarawikh cepat-cepat beredar dari masjid tersebut kerana tidak tahan dengan hinaan tersebut.Bilal 1 Masjid An-Nur dan beberapa orang jemaah yang menyaksikan kejadian tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Baru Subang dan mereka mengatakan rasa dukacita atas kejadian ini dan mereka berharap perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang............(Diambil melalui Facebook saya)

Rabu, 17 Ogos 2011

PKR Menuduh UMNO Politikkan Isu Gereja

PKR menuduh UMNO memanipulasikan isu berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas premis gereja di Damansara Utama,dekat Petaling Jaya baru-baru ini adalah retorik politik semata-mata.Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamaruddin berkata,pihak berkenaan kononnya menghebohkan perkara itu,kerana ia berlaku di Selangor,negeri di bawah pakatan pembangkang.Zuraida berkata kalaulah UMNO-BN berusaha untuk menangani isu murtad,kenapa selama ini mereka tidak mengubah polisi yang sedia ada?-Dipetik Di Akhbar Sinar Harian(16 Ogos 2011)

Khamis, 11 Ogos 2011

Khalid Gagap Mahu Kes Gereja Ini Selesai Selepas Aidilfitri!

MB Selangor,Khalid Gagap mahu kes tentang JAIS menyerbu gereja selesai selepas Aidilfitri dan Khalid mahu laporan lengkap tentang pemeriksaan gereja Methodist di Damansara Utama siap sepenuhnya selepas Aidilfitri.Khalid berkata beliau telah memberi masa secukupnya kepada JAIS untuk mendapatkan keterangan daripada 12 individu muslim yang terlibat dalam majlis yang dianjurkan oleh gereja tersebut.

Senarai Harga Zakat Negeri-Negeri di Malaysia

Sudahkah anda membayar zakat fitrah bagi tahun 1432 Hijri/2011 Masihi?Kalau belum,sila percepatkan pembayaran anda di mana-mana pusat-pusat zakat ataupun di pejabat pos di seluruh negara kerana Pos Malaysia telah menyediakan kaunter pembayaran zakat di semua pejabat pos di seluruh negara.Ingatlah firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 111 ynag bermaksud:"Mendirikan Solat dan Tunaikan Zakat".Berdasarkan firman Allah itu,kita perlu segerakan  pembayaran zakat sebelum Aidilfitri ini.

Selasa, 9 Ogos 2011

Penjawat Awam Menikmati Bonus Khas Aidilfitri RM 500-Najib Razak

PUTRAJAYA-Mulai daripada 24 Ogos ini,semua penjawat awam dan pesara akan menikmati bonus khas sempena Aidilfitri yang mana Perdana Menteri,Datuk Sri Najib mengumumkan bonus khas Aidilfitri iaitu sebanyak RM 500.Kos pemberian bonus khas ini hampir mencecah RM 2 billion.Beliau berkata ini adalah satu tanggungjawab sosial Kerajaan untuk meringankan beban penjawat awam.Semua penjawat awam dikehendaki menyemak penyata gaji di dalam akaun masing-masing.

Ahad, 7 Ogos 2011

Hasan Ali Rela Letak Jawatan Demi Mempertahankan Akidah Umat Islam!

Exco Hal Ehwal Islam,Adat-Adat Melayu,Infrastuktur dan Kemudahan Awam,Datuk Dr.Hasan Hj.Mohd Ali berkata beliau rela dipecat demi mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.Sekarang,PAS semakin ketandusan ulama selepas kematian mantan Mufti Selangor,Datuk Ishak Baharom yang mana almarhum dahulunya tegas tentang pemakaian yang menjolok mata sehinggakan Menteri Besar ketika itu,Tan Sri Mohd Muhd Taib memecatnya tanpa usul periksa.Persoalanya,adakah Khalid Ibrahim tahu pihak Kristian ingin memurtadkan umat Melayu Islam di negeri Selangor ini?Pernahkah Khalid Ibrahim berjumpa dengan Mufti Selangor,Datuk Tamyes Abdul Wahid tentang perkara ini?Fikir-fikirkanlah..........Islam di Malaysia dalam keadaan kronik...........sampaikan Kristian mengambil kesempatan untuk murtadkan umat Islam!Tahniah Hasan Ali!teruskan perjuangan anda demi mempertahankan umat Islam yang kita cintai ini!

Sabtu, 6 Ogos 2011

Harga Zakat Bagi Negeri Selangor Iaitu RM7.00

Harga bagi zakat fitrah bagi negeri Selangor telah ditetapkan pada RM 7.00 bagi setiap seorang.Pembayaran zakat fitrah boleh dibuat melalui 23 cawangan Lembaga Zakat Selangor,amil-amil yang dilantik oleh LZS dan boleh didapati di pasaraya,pasar malam,masjid dan surau.Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 111 yang maksudnya"Dirikan Solat dan Tunaikan Zakat".Jadi,kita segerakan pembayaran zakat fitrah kita sebelum imam memulakan solat sunat Aidilfitri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN