Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras yang juga merupakan bekas EXCO Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Muhammad Mohd Taib,Datuk Saidin Thamby menantikan keputusan mahkamah selama lebih daripada 14 tahun tidak sia-sia apabila Mahkamah Rayuan semalam memutuskan bahawa Datuk Saidin Thamby tidak bersalah terhadap dakwaan rasuah terhadap dirinya.
Ia merupakan keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Wira Mokhtarudin Baki sewaktu menolak rayuan akhir SPRM.
Dengan keputusan itu,mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 April 2009 yang mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 1 tahun dan denda sebanyak RM 10'000 dan membayar penalti RM 1 juta kepada pihak Kerajaan.
Hakim Datuk Su Geok Yiam memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan mantan wakil rakyat itu dan rayuan balas pendakwa raya terhadap hukuman penjara setahun diketepikan oleh mahkamah.
Saidin diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Shafiee Abdullah manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya,Datuk Abdul Razak Musa
Di dalam kes ini,Datuk Saidin didakwa menerima rasuah daripada bekas Pengerusi Syarikat Nusantara Network Sdn.Bhd,Datuk Dr.Hanifah Nordin pada 15 Mac 1997.
Pendakwaan terhadapnya dilakukan selepas dua tahun iaitu ketika kemuncak kontroversi yang dikaitkan dengan pemilihan UMNO Selayang pada 29 Mac 1998.
Datuk Saidin mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang dalam kes menerima rasuah RM 1 juta,14 tahun yang lalu.
Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan disebut bertindak demikian selepas menerima aduan bertulis berhubung dakwaan Saidin menyeleweng wang RM 1 juta yang disumbangkan untuk UMNO Selayang.
Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari
Waktu Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Polis dan Kes Mahkamah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis dan Kes Mahkamah. Papar semua catatan
Sabtu, 7 April 2012
Jumaat, 1 Julai 2011
Polis Akan Menggunakan ISA Jika Bersih Melakukan Rusuhan
Timbalan Ketua Polis Negara,Datuk Seri Khalid b.Abu Bakar memberikan amaran kepada perusuh-perusuh Bersih,sekiranya mereka melakukan rusuhan dan mengganggu ketenteraman awam,ISA terpaksa digunakan bagi meleraikan perusuh ini.Untuk maklumat,Bersih akan melakukan demonstrasi pada 9 Julai ini.Pemuda UMNO melalui Patriot dan Perkasa juga ingin melakukan demonstrasi pada 9 Julai ini juga.Pihak Bersih yang diketuai oleh Ambiga dijangka akan menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bersama-sama dengan pemimpin pembangkang yang lain.Pihak Pemuda UMNO melalui Patriot dan Perkasa dijangka juga akan berdemo bagi menyokong peranan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dalam melaksanakan tugas menguruskan pilihan raya di Malaysia.
Sabtu, 25 Jun 2011
Berita Nasional:Datuk Trio Didakwa di Mahkamah
Trio Datuk T dikenakan denda keseluruhan sebanyak RM 5,500 oleh Mahkamah Majisteret di Mahkamah Jalan Duta semalam setelah menjadi dalang menayangkan rakaman video seks dikatakan mirip Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sekumpulan wartawan pada Mac lalu.
Mereka ialah ahli perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah,bekas Bendahari Agung Perkasa,Datuk Shuib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka,,Tan Sri Abd.Rahim Tamby Chik.
Shazryl Eskay didenda RM 3000 ataupun tiga bulan penjara,Shuib,RM 1500 atau dua bulan penjara dan Abdul Rahim,didenda RM 1000 atau sebulan penjara.
Hukuman diberikan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas Datuk T mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan.
Shazryl dan Shuib didakwa kerana menayangkan bahan lucah tersebut secara terbuka,iaitu adegan hubungan seks antara seorang lelaki dan perempuan di bilik Seri Makmur,Hotel Carcosa Seri Negara antara 10 pagi dan 12 tengah hari,21 Mac lalu.
Abdul Rahim didakwa kerana bersubahat dengan dua Datuk T berkenaan dalam melakukan tayangan video itu.
Khamis, 16 Jun 2011
Pihak Polis Tidak Teragak-Agak Mengambil Tindakan Kepada Semua Yang Terlibat Dengan BERSIH
Pihak Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan untuk menahan semua peserta demonstrasi haram,BERSIH yang dijangka akan dibuat pada 9 Julai ini yang membabitkan semua pemimpin utama pembangkang.Timbalan Ketua Polis Negara,Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata,pihak polis akan mengambil tindakan kepada semua peserta perusuh Bersih kerana mereka telah mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan aktiviti perniagaan kecil-kecilan.Mengikut rekod,semasa perhimpunan Bersih yang diadakan pada 2007,peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur kerugian hampir RM 10 Juta.
Sabtu, 11 Jun 2011
Kedudukan Hasan Ali Tergugat?
Selepas 'tsunami kecil' pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-57 baru-baru ini,tumpuan terarah kepada nasib Pesuruhjaya PAS Negeri sama ada kekal ataupun disingkirkan.Mesyuarat PAS pertama esok akan menentukan saam ada berlaku satu lagi 'tsunami kecil' dalam parti itu.Di Selangor,kedudukan Datuk Dr.Hasan Mohamed Ali menjadi tumpuan media.Adakah Hasan Ali mengekalkan jawatannya ataupun muka baru menjadi pilihan PAS Pusat?
Langgan:
Catatan (Atom)
Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN




