Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Sabtu, 10 Mac 2012

Populariti Dato' Seri Najib Sebagai PM Semakin Meningkat

Populariti Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Hj.Abdul Razak meningkat dari 59 peratus pada Ogos 2011 kepada 69 peratus,demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Reasearch.
Pusat tinjauan tersebut berkata,mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) yang bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah.
Pusat itu berkata,tinjauan mendapati bahawa antara 10 hingga 23 Februari,sokongan terhadap Perdana Menteri paling tinggi iaitu golongan yang berpendapatan di bawah RM 1500 sebulan iaitu peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 78%,bagi kaum India,peratusan responden India yang menyokong PM ialah sebanyak 80% dan responden Melayu ialah 74%.
Tinjauan tersebut itu juga mendapati bahawa rasa puas dengan Perdana Menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas,di tahap  lebih 73%,berbanding 63% di kalangan responden yang lebih muda,iaitu berumur 21 hingga 30 tahun.
Responden dipilih berasakan sampling rambang mengikut etnik,jantina dan keadaan kediama-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN