Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Jumaat, 9 Mac 2012

SBPA Mansuh....SSM Diperbaharui....Terima Kasih PM.........

PUTRAJAYA-Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Hj.Abdul Razak mengumumkan pelarasan gaji Penjawat Awam berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Sistem Saraan Malaysia(SSM) berikutan pemansuhan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA)

Berikut adalah pelarasan gaji yang diumumkan oleh YAB PM.....


  • Pelarasan gaji sebanyak 13% bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred R1 hingga G54
  • Peratusan gaji sebanyak 9% untuk Gred Utama(Jawatan Utama Sektor Awam-JUSA) dan Gred Khas C,B,A.
  • Pelarasan gaji sebanyak 7% untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan(KGT) bagi Gred R1 hingga G54 ditetapkan di antara RM 80 hingga RM 320 mengikut gred.
  • Kadar KGT bagi Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA) dan ke atas ditetapkan kekal menggunakan KGT SSM dan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.
  • Kerajaan juga bersetuju untuk kadar Bantuan Sara Hidup(COLA) bagi kawasan B dinaikkan dari RM 200 sebulan kepada RM 250 sebulan dan bagi kawasan C daripada RM 100 kepada RM 150.
  • Kerajaan bersetuju Bayaran Intensif Perkhidmatan Kritikal(BIPK),Bayaran Intensif Wilayah(BIW),Bayaran Intensif Pendalaman(BIP) dan Bayaran Intensif Subjek Pendidikan(BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  • Kerajaan membuat keputusan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan time-base Pegawai Perkhidmatan Awam seperti diumumkan pada Bajet 2012
Psttt........BN Berubah Untuk Kebajikan Rakyat.....PR Hanya Tahu Timbulkan Masalah....Sayangi Selangor,Yakini BN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN