Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari

Waktu Malaysia

Selasa, 7 Februari 2012

Radio Muzik FM Telah Ditukar Nama Kepada Radio Malaysia Nasional FM.

SEJARAH MUZIK FM
Sejarah Muzik FM mempunyai sejarah yang menarik.Sejarah penubuhannya adalah pada 20 Jun 1975,FM Stereo merupakan setesen radio pertama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan siaran berbentuk stereofonik.Pada tahun 1989 atas desakan Menteri Penerangan ketika itu,Tan Sri Mohammad Rahmat yang menyarankan program Phone-In-Radio yang mana telah dilaksanakan di BBC,United Kingdom,maka ketika itulah FM Stereo telah ditukar nama kepada Radio 2 dan telah berjaya menarik lebih ramai pendengar.Pada 1 Ogos 1994,Radio 2 telah ditukar nama kepada Muzik FM.Beberapa rombakan telah dilakukan dan siarannya telah beroperasi 24 jam.Nama Muzik FM tidak bertahan lama kerana pada 1 Ogos 1998,Semua Stesen Radio RTM perlu menambah perkataan 'Radio Malaysia Saluran.....'Oleh itu,Muzik FM telah ditukar kepada Radio Malaysia Saluran Muzik(RMSM).Berikutan itu,ID Stesen pun turut ditukar.Diatas permintaan peminat dan masyarakat,pada awal 2000,nama Muzik FM kembali digunakan dan penyiaran lagu-lagu dalah 50% lagu tempatan dan 50% lagu antarabangsa.Pada tahun 2012,Muzik FM telah ditukar nama kepada NASIONAL FM bagi mengasingkan peranan Radio Malaysia Klasik Nasional.......

SEJARAH KLASIK NASIONAL
Sejarah Nasional FM bermula pada tahun 1972 apabila Kementerian Penerangan memperkenalkan Rangkaian Nasional(Radio Nasional) dan siaran ini beroperasi 24 jam sehari.Pada tahun 1992 atas desakan Menteri Penerangan ketika itu yang ingin melaksanakan Phone-In-Radio,maka Rangkaian Nasional telah ditukar nama ke Radio 1 pada 1 Januari 1992,Pada 1 Ogos 1998,namanya ditukar selaras dengan penambahan perkataan 'Radio Malaysia Saluran.......'.Jadi Radio 1 ditukar nama kepada Radio Malaysia Saluran 1.Pada tahun 2005,Radio Malaysia Saluran 1 ditukar nama kepada Radio Nasional FM selaras dengan Program Penjenamaan Semula RTM.Pada tahun 2006,Klasik FM dan Nasional FM bergabung dan jadilah KLASIK NASIONAL sehinggalah sekarang.Tagline Nasional FM ialah Segalanya Di Sini.

Sejarah Klasik FM bermula apabila pada tahun 1998,RTM memperkenalkan Radio Irama Melayu Asli(RIMA) yang bertujuan untuk memartabatkan irama asli melayu.Pada tahun 2005,RIMA telah bertukar nama kepada Klasik FM dan tagline Klasik FM adalah Menggamit Memori.Pada tahun 2006,Klasik FM dan Nasional FM bergabung dan terhasilah KLASIK NASIONAL sehingga sekarang.Tagline Klasik Nasional sekarang ialah Segalanya Di Sini Menggamit Kenangan.

2 ulasan:

  1. Selamat datang ke Galaksi Muzik RTM iaitu penyiaran TV (Muzik Aktif) dan radio (Muzik fm) secara online streaming dan mobile http://galaksimuzik.rtm.gov.my

    Nikmati revolusi dan dimensi baharu trimatra penyiaran muzik RTM yang menggabungkan dunia muzik tempatan dan antarabangsa RTM menerusi TV, radio internet dan peranti mudahalih.

    BalasPadam
  2. kami mahu muzikfm dalam frekuansi balik.... kami nak dengar sambil drive guna audio kereta... bukan online macam ni... rais yatim dah pencen dah..!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN

Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN