Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari
Waktu Malaysia
Selasa, 28 Jun 2011
Marilah kita sokong Patriot!
Marilah wahai semua Pemuda UMNO,Wira Perkasa,Wirawati Perkasa dan NGO-NGO yang lain,marilah sokong Patriot kerana inilah wadah perjuangan untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh-musuh Melayu sepeti Ambiga yang konon-kononnya unutk "membersihkan"pilihan raya,tapi sebenarnya dia mempunyai perancangan yang amat strategik,iaitu meminta kepada kerajaan untuk megurangkan hak istimewa orang Melayu dan Islam.Apa sudah jadi?PKR dan PAS hanya angguk-angguk tanda setuju kepada si bangat ni.Marilah kita bersatu,menentang yang mungkar!Takbir!Allahuakbar!Hidup UMNO!Hidup Perkasa!
Isnin, 27 Jun 2011
Pemimpin PSM,Iaitu Pemimpin Utama Pakatan Rakyat Antara 31 Yang Ditahan Oleh Polis
Pemimpin PSM,iaitu dalang utama perarakan utama yang membawa gambar pemimpin kanan PKM seperti Chin Peng,Rashid Maidin,dan Abdullah C.D ditahan di Plaza Tol Sg.Dua,Kepala Batas.Antara yang ditemui ialah beberapa naskhah akbar Suara Sosialis,milik Parti Sosialis Malaysia,yang berbahasa Melayu,Tamil dan Cina.
Sabtu, 25 Jun 2011
Perkasa mengingatkan kepada semua blogger-blogger,rakan-rakan Facebook,pengikut-pengikut Twitter membantah sekeras-kerasnya perhimpunan Bersih.Dan digalakkan kepada golongan supaya meletakkan gambar profil ini di dalam laman sosial masing-masing.Ini membuktikan bahawa golongan ini membantah sekeras-kerasnya demonstrasi Bersih yang dijangka akan merosakkan ketenteraman Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Berita Nasional:Datuk Trio Didakwa di Mahkamah
Trio Datuk T dikenakan denda keseluruhan sebanyak RM 5,500 oleh Mahkamah Majisteret di Mahkamah Jalan Duta semalam setelah menjadi dalang menayangkan rakaman video seks dikatakan mirip Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sekumpulan wartawan pada Mac lalu.
Mereka ialah ahli perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah,bekas Bendahari Agung Perkasa,Datuk Shuib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka,,Tan Sri Abd.Rahim Tamby Chik.
Shazryl Eskay didenda RM 3000 ataupun tiga bulan penjara,Shuib,RM 1500 atau dua bulan penjara dan Abdul Rahim,didenda RM 1000 atau sebulan penjara.
Hukuman diberikan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas Datuk T mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan.
Shazryl dan Shuib didakwa kerana menayangkan bahan lucah tersebut secara terbuka,iaitu adegan hubungan seks antara seorang lelaki dan perempuan di bilik Seri Makmur,Hotel Carcosa Seri Negara antara 10 pagi dan 12 tengah hari,21 Mac lalu.
Abdul Rahim didakwa kerana bersubahat dengan dua Datuk T berkenaan dalam melakukan tayangan video itu.
Jumaat, 24 Jun 2011
Ahli PPP Diberi Amaran Tidak Terlibat Demo
Ahli PPP diberi amaran supaya jangan menyertai dan terlibat dalam perhimpunan Bersih ataupun perhimpunan yang dianjurkan oleh Perkasa dan Pemuda UMNO yang dijangka akan diadakan pada 9 Julai ini.Naib Presidennya,Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata,PPP tidak teragak-agak akan mengambil tindakan disiplin ke atasa mereka yang didapati mana-mana pertubuhan bukan kerajaan(NGO),termasuk anjuran sayap UMNO,dalam perhimpunan tersebut.Menurutnya,PPP sentiasa melaungkan keamanan dan kesejahteraan dalam perjuangan parti,bukan menggalakan atau mencetuskan suasana huru-hara kepada ketenteraman awam.Beliau juga Pengerusi PPP Kelantan berkata,kira-kira 50,000 ahlinya di negeri itu menyatakan sokongan kepada SPR berhubung proses pilihan raya selama ini.
Khamis, 16 Jun 2011
Pihak Polis Tidak Teragak-Agak Mengambil Tindakan Kepada Semua Yang Terlibat Dengan BERSIH
Pihak Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan untuk menahan semua peserta demonstrasi haram,BERSIH yang dijangka akan dibuat pada 9 Julai ini yang membabitkan semua pemimpin utama pembangkang.Timbalan Ketua Polis Negara,Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata,pihak polis akan mengambil tindakan kepada semua peserta perusuh Bersih kerana mereka telah mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan aktiviti perniagaan kecil-kecilan.Mengikut rekod,semasa perhimpunan Bersih yang diadakan pada 2007,peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur kerugian hampir RM 10 Juta.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN





