Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari
Waktu Malaysia
Sabtu, 29 Oktober 2011
Sudah Lama Ku Tidak Membuka Blogku...........
Aku sudah lebih kurang dua bulan tidak membuka blog ini dek kerana di"blog" oleh Google.Aku rasa kena membuat satu perubahan dan tersformasi terhadap blogku ini.Aku akan menukarkan nama blog ini yang lebih sedap didengar oleh peminat blog terutama yang blogger pro UMNO-Barisan Nasional.Aku rasa tidak berkecuali untuk menyahut seruan PM Kita,Datuk Sri Najib yang menyarankan bahawa kemenangan BN pada PRU yang akan datang bergantung kepada 'media baru' yang lebih meluas.Aku pun berfikir tentang hal itu dan berjanji akan membuat perubahan baru terhadap blogku ini!
Ahad, 28 Ogos 2011
Selamat Hari Raya..............Daripada Mat Sabu Hantu Raya........
Saya sebagai pemilik blog ini ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang selama ini menyokong penuh blog ini.Gambar diatas merupakan gambar yang merupakan kad raya yang diolah sendiri oleh salah seorang penyokong UMNO.Jadi,saya tahu anda faham tentang perkara yang membabitkan Mat Sabu menyalahkan semua perajurit Negara dan mengagung-agungkan pengganas komunis.Diharap kepada semua ambil pengajaran daripada gambar diatas.Chaiyok!
Ahad, 21 Ogos 2011
Pelakon 'Ali Setan' Buat Hal Dalam Masjid!
KAMPUNG MELAYU SUBANG-Seorang pelakon terkenal pada era 80'an yang terkenal dengan filem 'Ali Setan' telah membuat tazkirah di Masjid An-Nur,Kg.Melayu Subang dan si 'Ali Setan' ni telah membuat ceramah menghina MELAYU dan mengatakan kerajaan ini KAFIR kerana tidak ikut acuan Islam........Nau'zubillah.........dan semua jemaah masjid tersebut yang ingin menunaikan Solat Tarawikh cepat-cepat beredar dari masjid tersebut kerana tidak tahan dengan hinaan tersebut.Bilal 1 Masjid An-Nur dan beberapa orang jemaah yang menyaksikan kejadian tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Baru Subang dan mereka mengatakan rasa dukacita atas kejadian ini dan mereka berharap perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang............(Diambil melalui Facebook saya)
Rabu, 17 Ogos 2011
PKR Menuduh UMNO Politikkan Isu Gereja
PKR menuduh UMNO memanipulasikan isu berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas premis gereja di Damansara Utama,dekat Petaling Jaya baru-baru ini adalah retorik politik semata-mata.Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamaruddin berkata,pihak berkenaan kononnya menghebohkan perkara itu,kerana ia berlaku di Selangor,negeri di bawah pakatan pembangkang.Zuraida berkata kalaulah UMNO-BN berusaha untuk menangani isu murtad,kenapa selama ini mereka tidak mengubah polisi yang sedia ada?-Dipetik Di Akhbar Sinar Harian(16 Ogos 2011)
Khamis, 11 Ogos 2011
Khalid Gagap Mahu Kes Gereja Ini Selesai Selepas Aidilfitri!
MB Selangor,Khalid Gagap mahu kes tentang JAIS menyerbu gereja selesai selepas Aidilfitri dan Khalid mahu laporan lengkap tentang pemeriksaan gereja Methodist di Damansara Utama siap sepenuhnya selepas Aidilfitri.Khalid berkata beliau telah memberi masa secukupnya kepada JAIS untuk mendapatkan keterangan daripada 12 individu muslim yang terlibat dalam majlis yang dianjurkan oleh gereja tersebut.
Senarai Harga Zakat Negeri-Negeri di Malaysia
Sudahkah anda membayar zakat fitrah bagi tahun 1432 Hijri/2011 Masihi?Kalau belum,sila percepatkan pembayaran anda di mana-mana pusat-pusat zakat ataupun di pejabat pos di seluruh negara kerana Pos Malaysia telah menyediakan kaunter pembayaran zakat di semua pejabat pos di seluruh negara.Ingatlah firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 111 ynag bermaksud:"Mendirikan Solat dan Tunaikan Zakat".Berdasarkan firman Allah itu,kita perlu segerakan pembayaran zakat sebelum Aidilfitri ini.
Selasa, 9 Ogos 2011
Penjawat Awam Menikmati Bonus Khas Aidilfitri RM 500-Najib Razak
PUTRAJAYA-Mulai daripada 24 Ogos ini,semua penjawat awam dan pesara akan menikmati bonus khas sempena Aidilfitri yang mana Perdana Menteri,Datuk Sri Najib mengumumkan bonus khas Aidilfitri iaitu sebanyak RM 500.Kos pemberian bonus khas ini hampir mencecah RM 2 billion.Beliau berkata ini adalah satu tanggungjawab sosial Kerajaan untuk meringankan beban penjawat awam.Semua penjawat awam dikehendaki menyemak penyata gaji di dalam akaun masing-masing.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN






