SEJARAH MUZIK FM
Sejarah Muzik FM mempunyai sejarah yang menarik.Sejarah penubuhannya adalah pada 20 Jun 1975,FM Stereo merupakan setesen radio pertama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan siaran berbentuk stereofonik.Pada tahun 1989 atas desakan Menteri Penerangan ketika itu,Tan Sri Mohammad Rahmat yang menyarankan program Phone-In-Radio yang mana telah dilaksanakan di BBC,United Kingdom,maka ketika itulah FM Stereo telah ditukar nama kepada Radio 2 dan telah berjaya menarik lebih ramai pendengar.Pada 1 Ogos 1994,Radio 2 telah ditukar nama kepada Muzik FM.Beberapa rombakan telah dilakukan dan siarannya telah beroperasi 24 jam.Nama Muzik FM tidak bertahan lama kerana pada 1 Ogos 1998,Semua Stesen Radio RTM perlu menambah perkataan 'Radio Malaysia Saluran.....'Oleh itu,Muzik FM telah ditukar kepada Radio Malaysia Saluran Muzik(RMSM).Berikutan itu,ID Stesen pun turut ditukar.Diatas permintaan peminat dan masyarakat,pada awal 2000,nama Muzik FM kembali digunakan dan penyiaran lagu-lagu dalah 50% lagu tempatan dan 50% lagu antarabangsa.Pada tahun 2012,Muzik FM telah ditukar nama kepada NASIONAL FM bagi mengasingkan peranan Radio Malaysia Klasik Nasional.......
SEJARAH KLASIK NASIONAL
Sejarah Nasional FM bermula pada tahun 1972 apabila Kementerian Penerangan memperkenalkan Rangkaian Nasional(Radio Nasional) dan siaran ini beroperasi 24 jam sehari.Pada tahun 1992 atas desakan Menteri Penerangan ketika itu yang ingin melaksanakan Phone-In-Radio,maka Rangkaian Nasional telah ditukar nama ke Radio 1 pada 1 Januari 1992,Pada 1 Ogos 1998,namanya ditukar selaras dengan penambahan perkataan 'Radio Malaysia Saluran.......'.Jadi Radio 1 ditukar nama kepada Radio Malaysia Saluran 1.Pada tahun 2005,Radio Malaysia Saluran 1 ditukar nama kepada Radio Nasional FM selaras dengan Program Penjenamaan Semula RTM.Pada tahun 2006,Klasik FM dan Nasional FM bergabung dan jadilah KLASIK NASIONAL sehinggalah sekarang.Tagline Nasional FM ialah Segalanya Di Sini.
Sejarah Klasik FM bermula apabila pada tahun 1998,RTM memperkenalkan Radio Irama Melayu Asli(RIMA) yang bertujuan untuk memartabatkan irama asli melayu.Pada tahun 2005,RIMA telah bertukar nama kepada Klasik FM dan tagline Klasik FM adalah Menggamit Memori.Pada tahun 2006,Klasik FM dan Nasional FM bergabung dan terhasilah KLASIK NASIONAL sehingga sekarang.Tagline Klasik Nasional sekarang ialah Segalanya Di Sini Menggamit Kenangan.
Facebook Rasmi Saya..............Sheikh Azam Al-Banjari
Waktu Malaysia
Selasa, 7 Februari 2012
Isnin, 6 Februari 2012
Selamat Menyambut Hari Wlayah Persekutuan,Maulidur Rasul dan Hari Thaipusam
Saya sebagai penulis blog ini ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wlayah Persekutuan kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan,Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera.dan juga selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.Dan tidak lupa juga saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada yang beragama Hindu.Marilah kita menyambut perayaan ini dengan rasa muhibbah dan harmoni selaras dengan 1 Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.......Salam 1 Malaysia........
Sabtu, 7 Januari 2012
Bantuan RM500 Akan Diperoleh Mulai 15 Januari 2012.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) yang mana telah disebut dalam Bajet 2012 oleh PM Kita,Dato' Sri Najib Tun Hj.Abdul Razak bahawa isi rumah yang pendapatannya adalah kurang daripada RM 3000 layak mendapat bantuan ini.Bantuan ini akan terus dimasukkan dalam akaun masing-masing ataupun dapatkan wang tersebut di Pejabat Pos dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.............Tarikh akhir untuk memohon BR1M adalah pada 10 Januari...Jadi,kita masih ada masa untuk mengisi borang.......jangan terlambat ok!
Sabtu, 29 Oktober 2011
Sudah Lama Ku Tidak Membuka Blogku...........
Aku sudah lebih kurang dua bulan tidak membuka blog ini dek kerana di"blog" oleh Google.Aku rasa kena membuat satu perubahan dan tersformasi terhadap blogku ini.Aku akan menukarkan nama blog ini yang lebih sedap didengar oleh peminat blog terutama yang blogger pro UMNO-Barisan Nasional.Aku rasa tidak berkecuali untuk menyahut seruan PM Kita,Datuk Sri Najib yang menyarankan bahawa kemenangan BN pada PRU yang akan datang bergantung kepada 'media baru' yang lebih meluas.Aku pun berfikir tentang hal itu dan berjanji akan membuat perubahan baru terhadap blogku ini!
Ahad, 28 Ogos 2011
Selamat Hari Raya..............Daripada Mat Sabu Hantu Raya........
Saya sebagai pemilik blog ini ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang selama ini menyokong penuh blog ini.Gambar diatas merupakan gambar yang merupakan kad raya yang diolah sendiri oleh salah seorang penyokong UMNO.Jadi,saya tahu anda faham tentang perkara yang membabitkan Mat Sabu menyalahkan semua perajurit Negara dan mengagung-agungkan pengganas komunis.Diharap kepada semua ambil pengajaran daripada gambar diatas.Chaiyok!
Ahad, 21 Ogos 2011
Pelakon 'Ali Setan' Buat Hal Dalam Masjid!
KAMPUNG MELAYU SUBANG-Seorang pelakon terkenal pada era 80'an yang terkenal dengan filem 'Ali Setan' telah membuat tazkirah di Masjid An-Nur,Kg.Melayu Subang dan si 'Ali Setan' ni telah membuat ceramah menghina MELAYU dan mengatakan kerajaan ini KAFIR kerana tidak ikut acuan Islam........Nau'zubillah.........dan semua jemaah masjid tersebut yang ingin menunaikan Solat Tarawikh cepat-cepat beredar dari masjid tersebut kerana tidak tahan dengan hinaan tersebut.Bilal 1 Masjid An-Nur dan beberapa orang jemaah yang menyaksikan kejadian tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Baru Subang dan mereka mengatakan rasa dukacita atas kejadian ini dan mereka berharap perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang............(Diambil melalui Facebook saya)
Rabu, 17 Ogos 2011
PKR Menuduh UMNO Politikkan Isu Gereja
PKR menuduh UMNO memanipulasikan isu berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas premis gereja di Damansara Utama,dekat Petaling Jaya baru-baru ini adalah retorik politik semata-mata.Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamaruddin berkata,pihak berkenaan kononnya menghebohkan perkara itu,kerana ia berlaku di Selangor,negeri di bawah pakatan pembangkang.Zuraida berkata kalaulah UMNO-BN berusaha untuk menangani isu murtad,kenapa selama ini mereka tidak mengubah polisi yang sedia ada?-Dipetik Di Akhbar Sinar Harian(16 Ogos 2011)
Langgan:
Catatan (Atom)
Tekadkan PRU Kali Ini Untuk Mengundi BN






